Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Kata Awalan H Menurut Kamus Agama Islam

Index Kamus Agama Islam
Kata Awalan H Menurut Kamus Agama Islam
No Kata Arti
1 hadas Keadaan seseorang yang tidak boleh melakukan ibadat tertentu sehingga dihilangkan hadasnya terlebih dahulu. Terdapat dua jenis hadas iaitu hadas kecil dan hadas besar. Cara menghilangkan hadas kecil ialah dengan mengambil wuduk dan hadas besar dengan mandi wajib.
2 hadis Perbuatan, perkataan atau ikrar Rasulullah s.a.w. Hadis juga dikenali sebagai As-Sunnah. Hadis bermacam darjat, ada hadis sahih dan ada hadis dhaif.Di dalam perundangan, hadis menjadi sumber hukum selepas Al-Quran.
3 hadis qudsi Hadis yang mana ertinya daripada Allah S.W.T. dan lafaznya disusun oleh Rasulullah s.a.w.
4 haid Darah bulanan yang keluar dari rahim perempuan yang sudah baligh, ia juga disebut sebagai datang kotor. Masa haid paling lama ialah 15 hari 15 malam dan paling cepat ialah 24 jam. Masa biasanya 6 atau 7 hari.
5 haj Ibadat yang wajib dilakukan di tempat tertentu sahaja. Iaitu di Mekah dan akan dilakukan pada masa dan bulan yang tertentu.
6 haji Mengunjungi ka’bah (Baitullah/Baitul Haram) dengan tujuan melakukan beberapa amal ibadah, baik dalam bentuk thawaf, sa’i, wukuf di Arafah dan amalan manasik haji dalam masa tertentu (bulan haji).
7 haji ifrad Berhaji lebih dulu baru mengerjakan umrah. Cara ini tidak diwajibkan membayar denda (dam).
8 hajib Orang yang kedudukannya menghalangi orang lain beroleh harta warisan, atau mengurangi perolehan warisan orang lain. Misalnya Bapak menghalangi perolehan waris kakek, anak menghalangi perolehan waris
9 hakikat Ertinya makna yang sebenar atau makna yang asal bagi sesuatu benda. Lawan perkataan hakikat ialah majaz iaitu bukan makna yang sebenar, cuma pinjaman sahaja.
10 hakim Orang yang memutuskan pertikaian/persengketaan antara dua orang atau lebih.
11 halal Satu daripada hukum feqah yang bermaksud yang tidak ditegah untuk melakukannya atau meninggalkannya. Ia sama ertinya dengan mubah.
12 hamdalah Mengucap perkataan Alhamdulillah yang bererti segala puji bagi Allah. Kita disuruh selalu memuji Allah S.W.T terutamanya ketika mendapat nikmat atau kurniaan.
13 harakat Baris (tanda bacaan) pada huruf-huruf al-Quran. Iaitu tanda baris atas, bawah, hadapan dan tanda mati.
14 haram
15 harbi Golongan orang kafir yang memusuhi dan mengancam orang Islam atau kerajaan Islam. Mereka hendaklah diperangi sehingga mereka tidak berdaya mengancam orang Islam lagi.
16 harmoni Sesuai dan baik. Contohnya kita rakyat Malaysia hendaklah hidup dengan keadaan baik dan harmoni.
17 harus Perkara yang diberi kebebasan oleh syarak untuk melakukannya atau tidak . Contohnya makan, minum dan lain-lain lagi.
18 hasad Iri hati melihat orang lain mendapat kesenangan dan ingin supaya kesenangan itu hilang daripadanya. Sifat hasad sangat dicaci oleh Islam dan orang yang berhasad itu berdosa besar.
19 hasan Hadis hasan ialah hadis yang bersambung-sambung sanadnya dari awal hingga akhir. Tiada kecacatan pada perawi-perawinya. Cuma ingatan mereka kurang sempurna.
20 hawa Isteri kepada Nabi Adam a.s. Dia dijadikan oleh Allah S.W.T. tanpa ibu. Mereka berdua diturunkan ke bumi dan dikurniakan beberapa pasangan anak yang menjadi asal uslul manusia.
21 hayati Menggunakan sesuatu dengan berterusan atau menjadikan sesuatu sebagai amalan biasa.
22 hibah
23 hidayat pimpinan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada sesiapa yang dikehendakinya untuk mencapai jalan yang lurus dan benar.
24 hijrah Peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah untuk mengatur dakwah yang stategis. Satu lagi ialah perpindahan orang Mekah ke Habsyah kerana mencari perlindungan dari kekejaman orang Quraisy di Mekah. Dari mula perpindahan Rasulullah s.a.w. itu bermulalah kalendar orang Islam.
25 hikmat 1-Tujuan disebalik sesuatu ibadat yang disuruh kita melakukannya. Contohnya hikmat kita disuruh mengerjakan ibadat haji supaya berpeluang mengenali orang -orang Islam dari seluruh pelosok dunia. 2- Kata-kata bijak pandai atau falsafah yang terbit daripada pujangga.
26 hisab Kiraan yang dijalankan terhadap perbuatan yang dilakukan oleh manusia sama ada perlakuan baik atau jahat yang akan ditentukan di Padang Mahsyar kelak. Berdasarkan hisab inilah manusia akan dimasukkan dalam syurga atau neraka.
27 hudud Sempadan atau peraturan. Al-Quran menyebut hudu sebagai hukuman Allah yang sudah ditetapkan keatas penjenayah. Contohnya hudud bagi penzina yang muhsan iaitu direjam sampai mati dan mencuri pula dipotong tangan.
28 hukum Setiap perintah Allah S.W.T. atau rasul sama ada disuruh melakukan sesuatu atau menegah dari melakukannya atau menjelaskan mengenai sesuatu.
29 Harim Perempuan yang haram bernikah dengan seseorang lelaki. Dia boleh bergaul bersamanya. Isteri juga dikatakan harim.
30 Hud 1- Surah al-Quran yang ke-11. Surah ini mengandungi 123 ayat yang diturunkan di Mekah. 2-Hud adalah salah satu daripada rasul pilihan yang diutuskan kepada kaum 'Ad di Hadhramaut. Lalu Allah menurunkan bala kepada mereka iaitu kemarau panjang. Nabi Hud berpindah ke Mekah dan wafat ketika berumur 150 tahun.
31 Habil Seorang anak Nabi Adam a.s. yang telah diterima ibadat korbannya. Habil dibunuh abangnya kerana cemburu.
32 Hablul-Hablah Anak binatang yang masih dalam kandungan perut ibunya. Ia tidak sah dijual beli.
33 Hajarul Aswad Sebuah batu hitam yang terletak di sudut sebelah timur Kaabah. Ia menjadi tempat bermula mengerjakan tawaf dan juga tempat orang habis mengerjakan tawaf.
34 Hajbu (Hijab) Terhalangnya seseorang dari semua atau sebahagian warisannya kerana adanya orang lain.
35 Hajbu Nuqshan Berkurangnya warisan seseorang kerana adanya orang lain.
36 Haji Qiran Mengerjakan haji dan umrah dalam satu niat. Diwajibkan membayar denda (dam).
37 Haji Tamattu’ Mendahulukan umrah daripada haji dalam musim haji diantara tanggal 1 Syawal hingga 9 Dzulhijjah. Cara ini diwajibkan membayar denda (dam).
38 Hajru (Pembatasan) membatasi seseorang dalam penggunaan hartanya sendiri.
39 Hajru Menahan harta seseorang kerana ada sangkut pautnya dengan hutang atau kerana pemegang harta tidak boleh dipertanggungjawabkan, misalnya kerana gila, bangkrup, dll.
40 Halimah Saadiah seorang wanita daripada Bani Saad yang menjadi ibu angkat dan ibu susuan kepada Rasulullah s.a.w. semasa kecil.
41 Halkum Pembuluh pada leher binatang iaitu tempat pernafasan yang wajib dipotaong ketika menyembelih.
42 Halqah Zikir Bentuk bulatan para peserta yang biasa dibuat dalam majlis berzikir dengan diketuai oleh seorang pemimpin atau imam.
43 Hamlu Anak yang dikandung di dalam perut ibu.
44 Hams Satu daerah di negara Syria. Ditakluki oleh tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.
45 Hamzah Bin Abd. Mutalib Bapa saudara nabi s.a.w. yang banyak membantu dalam menegakkan agama Islam pada peringkat permulaan. Beliau sangat tangkas dalam peperangan sehingga digelar Singa Allah dan terlorban dalam perang Uhud kerana dibunuh oleh Wahsyi. Beliau gugur sebagai Saiyidul-Syuhada'.
46 Hamzah Qata' Huruf hamzah yang wujud pada awal kalimah dan tetap dibunyikan pada bacaan sekalipun kalimah itu bersambung dengan kalimah sebelumnya.
47 Hamzah Wasal Huruf hamzah yang wujud pada awal kalimah, tetapi kalau kalimah tersebut dibaca bersambung dengan kalimah sebelumnya, bunyi hamzah pada sebutannya. Wasal bererti bersambung mengikut tajwid.
48 Haqah Istilah yang digunakan bagi unta yang sudah berumur tiga tahun lebih. Jika memiliki unta diantara 40 hingga 60 ekor wajib dizakatkan seekor unta haqah.
49 Harun (Nabi) Salah seorang daripada nabi dan rasul pilihan. Saudara daripada Nabi Musa a.s. dan menjadi pembantu kepadanya dalam menegakkan seruan agama Allah S.W.T.Beliau pernah memangku tugas Nabi Musa a.s. ketika beliau sedang bermunajat di Bukit Tursina.
50 Harut Dan Marut Dua malaikat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. ke dunia untuk mengajar manusia ilmu sihir bagi mempertahankan diri daripada ancaman ilmu sihir. Namun setengah-setengah daripada manusia itu menggunakan ilmu sihir untuk membuat kejahatan.
51 Hasr/Qashr mengkhususkan sesuatu dengan yang lainnya melalui cara tertentu.
52 Hauqalah Mengucap perkataan La haula wala kuwwata illa billah) yang bererti tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan daripada Allah.
53 Hawiyah Sebuah neraka untuk meeka yang melanggar perintah Allah S.W.T. di akhirat kelak. Ia dikatakan neraka yan paling dahsyat sekali, jika dibandingkan dengan enam buah neraka yang lain.
54 Hebah Menghadiahkan sesuatu benda atau barang kepada orang lain. Setelah diberikan kepada orang yang diberi, ianya tidak boleh diambil semula.
55 Hidir (Nabi) Setengah ulama mengatakan Hidir itu nabi. Dan setengah pula mengatakan beliau hanya wali Allah S.W.T. Terdapat cerita-cerita rekaan yang mengatakan Hidir masih hidup hingga sekarang.
56 Hijamah Mengambil darah dari kepala dengan tujuan berobat; pengobatan jenis ini tidak membatalkan puasa jika sedang berpuasa.
57 Hijir Ismail Satu tembok berbentuk bulan sabit. Terletak diantara sudut Syam dengan Iraki di dalam bangunan Kaabah. Para haji yang sudah melakukan tawaf disunatkan mengerjakan solat sunat dua rakaat di sini.
58 Hira' Sebuah gua di Jabal Nur yang terletak kira-kira lima kilometer dari Mekah. Gua inilah tempat yang dijadikan oleh Nabi s.a.w. mengasingkan diri sebelum menjadi rasul. Dan kiranya disinilah tempat pertama Rasulullah s.a.w. menerima wahyu yang pertama.
59 Hirman terhalangnya seseorang dari warisan kerana adanya o         rang lain.
60 Hiwalah
61 Hudaibiyah Nama sebuah tempat kira-kira enam kilometer dari Mekah. Tempat ini menjadi bersejarah kerana Rasulullah s.a.w. telah membuat perjanjian dengan mengadakan gencatan senjata bersama kerajaan Mekah dalam tahun enam Hijrah. Tetapi perjanjian ini telah dicabuli oleh orang Quraisy Mekah yang telah membuka jalan kepada Rasulullah s.a.w. untuk menawan Mekah dalam tahun 8 Hijrah.
62 Hudnah Perjanjian damai diantara orang Islam dan kafir. Mereka yang menerima perjanjian ni dikatakan kafir Ma'ahad. Perjanjian ini berkuat kuasa tidak lebih daripada sepuluh tahun sahaja.
63 Hukum Syara’ Hukum Islam yang terdiri dari hukum wajib. Sunnah, mubah, makruh dan haram.
64 Hukum Tilawah Hukum atau kaedah membaca al-Quran atau tajwid.
65 Hukum Wadh'I Perintah Allah yang ada kaitan dengan sesuatu perkara yang berupa sebab atau syarat atau lain-lainnya.
66 Hunafa (Lurus) orang-orang saleh yang tidak mau mengikuti segala perilaku kotor dan tata   cara peribadatan jahiliyah
67 Husnul Khatimah Berkesudahan denga yang baik. Orang Islam disuruh memohon husnul khatimah seperti meminta mati dengan keadaan beriman dan beramal soleh.
68 Hutamah Sebuah neraka di akhirat kelak yang mana apinya berkobar-kobar sehingga memakan hati penghuninya, sedangkan mereka terikat pada tiang dan pintu neraka ditutup.
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.