Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Kata Awalan J Menurut Kamus Agama Islam

Index Kamus Agama Islam
Kata Awalan J Menurut Kamus Agama Islam
No Kata Arti
1 jahanam Salah satu nama neraka di akhirat.
2 jahar 1- Menyaringkan bacaan solat seperti bacaan fatihah dalam rakaat yang pertama dan rakaat yang kedua dalam fardhu Maghrib. 2-Menyebut sebahagian huruf dengan nyaring dan tertahan nafas. Ini merupakan satu daripada hukum tajwid.
3 jahil Ertinya orang yang tidak berilmu iaitu bodoh; lawannya jahil. Jahil mukarab bererti orang yang sangat jahil dan tidak tahu langsung tentang agama.
4 jahiliah Gelaran kepada orang Arab sebelum kedatangan Islam. Mereka dianggap jahil kerana kepercayaan mereka yang sesat iaitu menyembah benda-benda selain daripada Allah S.W.T.dan kehidupan mereka yang kucar-kacir.
5 jaiz Sesuatu yang dilakukan, tidak berdosa.
6 jamak solat jamak bererti dua solat yang dijadikan satu waktu seperti Zuhur dan Asar dilakukan dalam solat Zuhur. Begitu juga dengan solat Maghrib dan Isyak yang disatukan dalam waktu Maghrib. solat jamak diharuskan kepada orang yang musafir saja dan ia terbahagi kepada dua iaitu Jamak Takdir dan Jamak Takdim.
7 jamrah Ertinya anak batu. Melontar jumrah adalah satu pekerjaan wajib oleh peserta haji.
8 janin Anak yang berada dalam kandungan ibu tidak lebih dari tiga bulan.
9 jannah Nama salah satu syurga. Ia merupakan satu tempat yang penuh dengan nikmat kesenangan yang belum pernah dirasai oleh sesiapa pun. Syurga untuk orang yang menurut perintah Allah S.W.T. sahaja.
10 jariah Ertinya hamba perempuan.
11 jarimah Kesalahan besar yang mengancam orang yang melakukannya dengan hukuman oleh syarak supaya orang lain tidak berani melakukannya. Kesalahan tersebut seperti membunuh, merompak dan sebagainya.
12 jasad Tubuh badan bagi manusia. Bagi Allah S.W.T. tidak dikatakan jasad tetapi dikatakan zat Allah Taala.
13 jasmani Unsur yang ada di badan manusia seperti kulit, tulang, daging, bulu dan sebagainya sama ada dalam bentuk cecair atau padat. Jasmani akan hidup bersama-sama rohani jika tidak ia akan rosak.
14 jauhar Sesuatu yang tidak dapat dibahagikan lagi kerana terlalu kecil.
15 jemaah Sekumpulan manusia. solat berjemaah ialah melakukan solat mengikut imam. Pahala orang yang melakukan solat jemaah sebanyak 27 kali dibandingkan dengan solat sendiri. Ada solat yang disunatkan berjemaah dan yang ada tidak perlu.
16 jenayah Satu dari hukuman yang berkaitan dengan kesalahan berat seperti membunhu, berzina dan sebagainya.
17 jenazah Mayat orang Islam yang telah meninggal dunia sama ada lelaki atau perempuan. Adalah menjadi fardhu kifayah bagi orang Islam menyempurnakan ke atas mayat itu empat perkara iaitu memandikannya, mengkafan, menyembahyangkan dan mengkebumikannya.
18 Jibril Salah satu malaikat yang wajib setiap mukalaf mempercayainya. Jibril adalah malaikat yang terkenal kerana ia adalah perantara diantara Allah S.W.T. dan rasul-rasulNya sebagai pembawa wahyu.
19 jihad 1- Melakukan sesuatu dengan hemah yang tinggi dan tabah tanpa mengira susah payah dan penat lelah. 2- Menentang orang kafir kerana mempertahankan kesucia agama Islam dan dakwah. Sekiranya mati ia dikira sebagai mati syahid. Adakalanya jihad menjadi fardhu ain jika musuh melanggar negara.
20 jin Sejenis makhluk Allah S.W.T. yang dijadikan daripada unsur api. Jin mempunyai akal dan nafsu seperti manusia, ada yang Islam dan kafir. Walaupun ia boleh menghilangkan diri dari pandangan manusia, ia tidak boleh merosakkan manusia kecuali dengan izin Allah S.W.T.
21 jiran Mereka yang tinggal dikeliling rumah kita. Jiran ada tiga jenis iaitu kerabat kita, jiran yang bukan kerabat dan jiran yang bukan seagama. Kita disuruh menjaga hak-hak kejiranan.
22 jisim Benda yang tersusun daripad beberapa sususnan atau sesuatu yang boleh dibahagiakan.
23 jizyah Satu bayaran dengan kadar tertentu yang dipungut dari orang kafir yang bernaung di bawah kerajaan orang Islam untuk perbelanjaan keselamatan dan kebajikan mereka.
24 judi Suatu pertaruhan yang mana sebelah pihak akan menjadi rugi. Dan pihak yang lain mendapat keuntungan.
25 junub Berhadas besar. Orang yang berjunub wajib mandi hadas besar atau mandu junub. Hendaklah ia berniat ketika meratakan air ke seluruh badannya atau mula mandi.
26 Jadd Lelaki.
27 Ja'Afar Bin Abu Talib Beliau adalah anak kepada Abu Talib dan sepupu kepada Nabi s.a.w. Beliau memeluk Islam dam telah mati syahid ketika menentang Rome yang mempunyai bilangan tentera berlipat kali ganda daripada tentera Islam di dalam peperangan Muktah.
28 Jabariyah Satu mazhab dalam ilmu tauhid. Antara fahamnannya ialah bahawa usaha dan ikhtiar manusia sama sekali tidak mempunyai peranan dalam menentukan nasib kerana segala-galanya, yang baik atau buruk sudah ditentukan oleh iradat Alah S.W.T. dari azali lagi dan manusia sentiasa menerimanya sahaja.
29 Jaddah Nenek.
30 Jahim Salah satu nama neraka diakhirat kelak.
31 Jallalah Menurut ad-Dumairi Rahimahullah binatang yang makan najis dan tahi dipanggil al-jallalah. Di dalam kitabnya Hayah al-Hayawan al-Kubra beliau menyatakan:Ertinya: dan al-Jallalah itu dalah binatang yang makan tahi dan najis-najis sama ada binatang itu unta, sapi, kambing, ayam, angsa, ikan atau selainnya daripada binatang yang boleh dimakan.Menurut para ulama Hanafiyah: al-Jallalah adalah merupakan binatang yang hanya menjadikan najis sebagai makanan asasinya tanpa memakan makanan yang lain. Bau dagingnya juga akan berubah disebabkan pemakanannya yang sedemikian.Manakala para ulama Malikiyah, Syafi’iyah dan Hanabilah pula berpendapat bahawa maksud al-Jallalah ialah binatang yang selalunya menjadikan najis sebagai makanannya tetapi turut memakan makanan yang lain selain daripada najis. Dalam istilah sains, ia dikenali sebagai Koprofagia (Coprophagous). Koprofagia adalah haiwan yang memakan najis/kotoran, ia berasal dari bahasa Yunani; copros (najis) dan phagein (makan). Ulamak khilaf tentang hukum memakan haiwan al-Jallalah, Ia bersandarkan pada hadis, Ibnu Umar Radiallahu anhuma meriwayatkan yang bermaksud:“Rasulullah Shallallahu Alaihi wasallam menegah daripada memakan daing binatang al-jallalah (binatang yang makan najis) dan meminum susunya.”(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah) sumber : http://suzlinazreena.blogspot.com/2013/07/ikan-keli-dan-haiwan-al-jallalah.html
32 Jalut Seorang panglima tentera bangsa Palestin purba yang pernah berperang dengan Talutdan tewas di tangan Nabi Daud a.s.
33 Jamadil Akhir Nama bulan Islam yang ke-6 dalam kalendar Islam yang bererti musim sejuk akhir.
34 Jamadil Awal Nama bulan Islam yang ke-5 dalam kalendar Islam yang bererti musim sejuk awal.
35 Jirim Sesuatu benda yang memenuhi ruang sama ada yang kecil atau besar. Seperti rumah, manusia dan sebagainya. Allah S.W.T. bukan jirim
36 Jiz'Ah Istilah yang digunakan untuk unta yang berumur empat tahun lebih. Ia akan menjadi zakat jika berjumlah 61 hingga 75 ekor.
37 Ji’Alah Permintaan upah tertentu terhadap pekerjaan yang telah dikerjakan atau permintaan dari seseorang kepada  orang lain untuk menemukan barang yang hilang dengan perjanjian akan diberi upah.
38 Jual Salam Jual beli barang yang belum ada pad majlis akad. Sebagai contoh, Saya menjual kepada awak sebuah almari pakaian, bentuknya sekian-sekian. Pembeli setuju serta membayar harganya dan almari itu datang kemudian.
39 Juhfah Tempat memulakan niat bagi menunaikan haji bagi peserta yan datang dari arah Mesir. Juhfah terletak kira-kira 220 kilometer dari Mekah.
40 Jumaat Hari istimewa bagi orang Islam. Hari yang digalakkan kita membanyakkan amal ibadat. Banyak peristiwa bersejarah berlaku pada hari Jumaat. Orang lelak idiwajibkan solat Jumaat.
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.