Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Jabariyah" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Jabariyah menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Jabariyah.

definisi Jabariyah

Jabariyah= Satu mazhab dalam ilmu tauhid. Antara fahamnannya ialah bahawa usaha dan ikhtiar manusia sama sekali tidak mempunyai peranan dalam menentukan nasib kerana segala-galanya, yang baik atau buruk sudah ditentukan oleh iradat Alah S.W.T. dari azali lagi dan manusia sentiasa menerimanya sahaja.

Lebih lanjut mengenai Jabariyah
Contoh kalimat untuk "Jabariyah"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Jabariyah" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Jabariyah untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Jabariyah

Jabariyah terdiri dari 1 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

azali

Yang tiada permulaan wujudnya atau pun yang kekal wujudnya tiada permulaan. Hanya Allah S.W.T. saja yang bersifat azali.

Jabariyah

Satu mazhab dalam ilmu tauhid. Antara fahamnannya ialah bahawa usaha dan ikhtiar manusia sama sekali tidak mempunyai peranan dalam menentukan nasib kerana segala-galanya, yang baik atau buruk sudah ditentukan oleh iradat Alah S.W.T. dari azali lagi dan manusia sentiasa menerimanya sahaja.

Al-Ghazali

Namanya Muhammad bin Muhammad Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Abu Hamid. Beliau dilahirkan di Khurasan pada tahun 450 Hijrah. Dan meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah. Beliau sangat gigih menuntut ilmu sehingga sehingga menjadi seorang ulama yang terbesar dan mahir dalam semua bidang ilmu agama terutamanya ilmu tasawwuf dan beliau terkenal di seluruh dunia. Antara karangannya yang terpenting hingga sekarang ialah Ihya 'Ulumiddin.

Basmalah

Membaca bismillah hingga akhir. Orang Islam disuruh membaca ayat berkenaan setiap kali memulakan pekerjaan yang tidak dilarang oleh agama agar mendapat keberkatan dan menambahkan kesuburan iman.

hamdalah

Mengucap perkataan Alhamdulillah yang bererti segala puji bagi Allah. Kita disuruh selalu memuji Allah S.W.T terutamanya ketika mendapat nikmat atau kurniaan.

Harut Dan Marut

Dua malaikat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. ke dunia untuk mengajar manusia ilmu sihir bagi mempertahankan diri daripada ancaman ilmu sihir. Namun setengah-setengah daripada manusia itu menggunakan ilmu sihir untuk membuat kejahatan.

Hauqalah

Mengucap perkataan La haula wala kuwwata illa billah) yang bererti tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan daripada Allah.

Imalah

Membunyikan huruf bacaan al-Quran yang berbaris di atas Isweh diantara fathah dan kasrah.

Jallalah

Menurut ad-Dumairi Rahimahullah binatang yang makan najis dan tahi dipanggil al-jallalah. Di dalam kitabnya Hayah al-Hayawan al-Kubra beliau menyatakan:Ertinya: dan al-Jallalah itu dalah binatang yang makan tahi dan najis-najis sama ada binatang itu unta, sapi, kambing, ayam, angsa, ikan atau selainnya daripada binatang yang boleh dimakan.Menurut para ulama Hanafiyah: al-Jallalah adalah merupakan binatang yang hanya menjadikan najis sebagai makanan asasinya tanpa memakan makanan yang lain. Bau dagingnya juga akan berubah disebabkan pemakanannya yang sedemikian.Manakala para ulama Malikiyah, Syafi’iyah dan Hanabilah pula berpendapat bahawa maksud al-Jallalah ialah binatang yang selalunya menjadikan najis sebagai makanannya tetapi turut memakan makanan yang lain selain daripada najis. Dalam istilah sains, ia dikenali sebagai Koprofagia (Coprophagous). Koprofagia adalah haiwan yang memakan najis/kotoran, ia berasal dari bahasa Yunani; copros (najis) dan phagein (makan). Ulamak khilaf tentang hukum memakan haiwan al-Jallalah, Ia bersandarkan pada hadis, Ibnu Umar Radiallahu anhuma meriwayatkan yang bermaksud:“Rasulullah Shallallahu Alaihi wasallam menegah daripada memakan daing binatang al-jallalah (binatang yang makan najis) dan meminum susunya.”(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah) sumber : http://suzlinazreena.blogspot.com/2013/07/ikan-keli-dan-haiwan-al-jallalah.html

Ji’Alah

Permintaan upah tertentu terhadap pekerjaan yang telah dikerjakan atau permintaan dari seseorang kepada  orang lain untuk menemukan barang yang hilang dengan perjanjian akan diberi upah.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Jabariyah" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.