Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Kata Awalan B Menurut Kamus Agama Islam

Index Kamus Agama Islam
Kata Awalan B Menurut Kamus Agama Islam
No Kata Arti
1 badar Sebuah tempat di sebelah barat daya Madinah. Peperangan pertama diantara tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. menentang tentera Quraisy yang dipimpin ole Abu Sufyan telah berlaku di sini pada 17 Ramadan tahun Hijrah yang kedua.
2 baitulmal Satu jabatan kewangan di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan adat istiadat orang Melayu tiap-tiap negeri di Malaysia. Jabatan ini ditugaskan mengendalikan kewangan seperti memungut hasil zakat dan lain-lain serta membahagi-bahagikan perbelanjaan kepada badan kebajikan yang berhubung dengan ibadat orang Islam sahaja.
3 bakhil Bererti kedekut, tidak mahu membantu orang lain. Bakhil satu tabiat yang keji dan orang yang kedekut akan menerima seksa yang pedih di akhirat kelak.
4 barzakh Alam permulaan bagi alam akhirat. Orang yang sudah mati, roh mereka berhimpun di alam barzakh menunggu kebangkitan semula pada hari Kiamat. Alam ini juga disebut alam kubur.
5 batil Sesuatu pekerjaan yang tidak benar atau palsu, lawannya hak (yang sebenar). Ajaran agama Allah S.W.T. adalah ajaran yang hak dan ajaran agama lain adalah ajaran batil.
6 berhala Patung yang diperbuat daripada logam atau benda lain untuk dipuja dan disembah bagi menggantikan Tuhan yang sebenar. Perbuatan menyembah berhala adalah bercanggah dengan tabiat semula jadi dan syirik, serta terkeluar daripada agama Islam.
7 berkat Kurniaan yang diharapkan akan datang dari Allah S.W.T. untuk kebaikan dalam kehidupan manusia.
8 berzanji Nama syair atau nazam yang menceritakan tentang benih keturunan kisah kelahiran, perangai budi pekerti Rasulullah s.a.w. yang mulia dan perkara yang bersangkutan dengannya. Dibukukan dan dibacakan dengan berlagu terutamanya pada perayaan sambutan Maulidur Rasul. Pengarangnya Syed Ja'far al-Barzanji.
9 Baligh Seorang yang sudah cukup umur atau dewasa. Kanak-kanak lelaki yang sudah cukup umur apabila berusia lima belas tahun dan kanak-kanak perempuan apabila genap dua belas tahun. Mereka yang baligh dipertanggung jawabkan hukum syarak kerana sudah dewasa; lihat juga akil baligh.
10 Busyra Bererti berita gembira. Orang yang menyampaikan berita dikatakan Bashir. Nabi s.a.w. dinamakan Bashir kerana beliau telah menyampaikan berita balasan nikmat-nikmat syurga bagi terhadap orang yang beramal soleh di akhirat kelak.
11 Baihaqi Seorang Imam Hadis yang masyhur berasal dari Khurasan. Namanya Abu bakar bin Husain. Beliau orang yang kuat mempertahankan pendapat mazhab Shafie. Beliau dilahirkan pada 994 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 1066 Masihi.
12 Babus Salam Bererti pintu selamat. Nama salah satu pintu di Masjidil Haram di Mekah. Orang Quraisy telah menjadikan pintu itu untuk memilih seorang hakim bagi menyelesaikan perbalahan meletak semula batu Hajar Aswad. Didapati Nabi s.a.w. yang mula-mula masuk menerusi pintu Babus Salam beliau dilantik menjadi hakim.
13 Bacaan Tadwir Bacaan al-Quran yang dibaca dengan sederhana, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat serta memelihara hukum tajwid dengan sempurna.
14 Badwi Orang Badwi adalah panggilan bagi orang Arab yang tingggal di pendalaman padang pasir atau mereka yang tinggal jauh dari bandar. Cara kehidupan mereka berbeza dengan cara orang Hadhari.
15 Baghdad Sebuah bandar lama yang terletak di tebing sungai Dajlah dan menjadi ibu negara Iraq. Baghdad diasaskan oleh Khalifah al-Mansur dan dimodenkan oleh Khalifah Harun al-Rashid. Di sini banyak bekas pemerintahan purba dan kesan pemerintahan Islam.
16 Baha' Satu mazhab daripada Syiah. Pengasasnya Mirza Hussain Baha' Ullah yang mengaku dirinya Imam Mahdi. Diantara ajaran mazhab Baha' ialah agama Islam, Yahudi dan Kristian itu semua adalah benar dan hendaklah disatukan dan rasul-rasul itu penjelmaan Tuhan. Fahaman ini adalah salah mengikut Islam yang sebenar.
17 Bahimah Tabiat binatang yang mengikut saja kehendak hawa nafsu seperti makan ingin sekenyangnya dan mempunyai nafsu hina yang tidak terkawal. Orang yang tidak mepunyai iman selalu terdorong bersifat kebinatangan.
18 Bai'Ah Mengadakan sumpah setia atau membuat perjanjian dengan sesuatu pemerintahan atau kumpulan. Misalnya persetiaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan orang Quraisy Mekah di Hudaibiyah yang dinamai Bai'atur Ridhwan.
19 Bailtullah Ertinya rumah Allah S.W.T. iaitu sebuah binaan yang terletak ditengah-tengah Masjidil Haram atau lebih dikenali dengan nama Kaabah.
20 Bairuni Seorang yang alim dalam banyak bidang ilmu pengetahuan seperti dalam bidang ilmu falak, kedoktoran dan lain-lain lagi. Beliau adalah orang Parsi yang banyak menulis kitab ilmiyah dalam bahasa Arab.
21 Baitul Atiq Nama bagi Kaabah bererti rumah kemerdekaan. Kadang-kadang juga disebut Baitullah-Alharam kerana terletak ditengah-tengah tanah haram di Mekah.
22 Baitul Makmur Sebuah tempat yang terletak di langit yang kutujuh. Nabi s.a.w. pernah menemui Nabi Ibrahim di Baitul Makmur pada malam Israk Mikraj. Ia menjadi kiblat bagi para malaikat di langit dan dikatakan kedudukannya setentang dengan Kaabah di bumi.
23 Bani Israel satu bangsa yang berasal daripada keturunan Nabi Allah Yaakub a.s. atau yang terkenal dengan panggilan Yahudi. Mereka pada mulanya kaum yang banyak dikurniakan nikmat dan dibangkitkan beberapa orang rasul daripada mereka. Namun disebabkab mereka angkuh, mereka menerima kutukan Allah S.W.T. Israel bererti orang yang suka berjalan malam.
24 Bani Quraizah Salah satu suku bangsa Yahudi yang mendiami Madinah sebelum Nabi s.a.w. berhijrah. Dalam masa orang Islam menghadapi perang Khandak, mereka selalu berkhianat menyebelahi musuh, walaupun mereka masih dalam perjanjian bersama-sama mempetahankan negara Madinah daripada ancaman musuh. Sebaik saja selesai peperangan itu orang lelaki dewasa mereka dihukum bunuh kerana khianat kepada negara.
25 Bani Umaiyah Sebuah pemerintah Islam selepas pemerintahan Khulafa' al-Rashidin. Berpusat di Damsyik. Pemerintahannya bermula pada tahun 40 Hijrah hingga 132 Hijrah. Khalifah yang pertama bernama Muawiyah bin Abu Suffian dan yang terakhir bernama Marwan bin Muhammad iaitu seramai 14 orang. Umaiyah diambil sempena nama datuk mereka iaitu Umaiyah bin Abdul Syam.
26 Baqa' Salah satu sifat wajib bagi Allah Taala. Baqa' bererti kekal selama-lamanya. Alam akhirat dikatakan alam baqa' yang bermaksud ia akan kekal selama masa dikehendaki oleh Allah S.W.T.
27 Basmalah Membaca bismillah hingga akhir. Orang Islam disuruh membaca ayat berkenaan setiap kali memulakan pekerjaan yang tidak dilarang oleh agama agar mendapat keberkatan dan menambahkan kesuburan iman.
28 Bidaah Hasanah Melakukan perkara-perkara yang baik bagi kehidupan di dunia yang tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w. usaha ini tidak dilarang oleh agama malah telah dilakukan oleh umat Islam yang telah mencapai kemajuan pada zaman dahulu.
29 Bidaah Suatu kepercayaan akidah atau perbuatan dalam ibadah yang diada-adakan yang bukan daripada asal syarak dan tidak pernah ada pada zaman Rasulullah s.a.w. Perbuatan bidaah adalah sesat dan berdosa.
30 Bilal Bin Rabah Nama seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang dilantik oleh Baginda menjadi tukang bang. Pada masa sekarang jawatan tukang bang digelar tukang azan.
31 Bintu Labun Istilah yang digunakan bagi anak unta betina yang berumur setahun lebih. Ia dijadikan zakat bagi jumlah unta 25 hingga 35 ekor.
32 Bintu Makhad Istilah yang digunakan untuk anak unta betina yang berumur dua tahun lebih. Ia dijadiak zakat bagi jumlah unta 36 hingga 44 ekor.
33 Bukhari Seorang ulama hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Bukhar (Rusia) pada tahun 149 Hijrah. Namanya Muhammad bin Ismail telah belajar ilmu hadis sejak berumur sebelas tahun dengan menjelajah seluruh bumi Arab dan mengumpul hadis sebanyak 600.000. Antara kitabnya yang masyhur ialah Al-Jami'a Assahin.
34 Buraq Seekor binatang yang didatangkan khas untuk tungangan Nabi s.a.w. pada malam Israk dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa pergi balik. Binatang tersebut lebih kecil daripada kuda, berlari terlalu pantas dan terdapat sayap.
35 Buwaiti namanya Yusuf bin Yahya, dilahirkan di Buwaiti, sebuah kampung di pendalaman Mesir. Beliau salah seorang ulama terbilang, seorang sahabat karib dan orang kuat Imam Shafie. Beliau meti di dalam penjara kerana mempertahankan pendapat bahawa al-Quran itu Qadim.
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.