Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Jual Salam" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Jual Salam menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Jual Salam.

definisi Jual Salam

Jual Salam= Jual beli barang yang belum ada pad majlis akad. Sebagai contoh, Saya menjual kepada awak sebuah almari pakaian, bentuknya sekian-sekian. Pembeli setuju serta membayar harganya dan almari itu datang kemudian.

Lebih lanjut mengenai Jual Salam
Contoh kalimat untuk "Jual Salam"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Jual Salam" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Jual Salam untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Jual Salam

Jual Salam terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

Jual Salam

Jual beli barang yang belum ada pad majlis akad. Sebagai contoh, Saya menjual kepada awak sebuah almari pakaian, bentuknya sekian-sekian. Pembeli setuju serta membayar harganya dan almari itu datang kemudian.

adab

Kesopanan dalam pemikiran seseorang serta budi bahasa yang lemah lembut dan halus. Agama islam menggesa penganutnya supaya beradab keada Allah S.W.T. dan sesama manusia.

Adam (Nabi)

Seorang nabi dan rasul pilihan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. daripada unsur tanah. Daripada Adam Dan Hawalah asal keturunan manusia yang ada sekarang. Setelah Allah S.W.T. menjadikan Nabi Adam, Allah S.W.T. telah menyuruh semua malaikat dan iblis menghormatinya. Namun iblis enggan menurut perintah lalu menjadi kafir. Nabi Adam adalah pemerintah pertama di muka bumi ini.

adat

Sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat melakukannya. Ada adat yang menentang ajaran agama Islan dan ada yang tidak.

badar

Sebuah tempat di sebelah barat daya Madinah. Peperangan pertama diantara tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. menentang tentera Quraisy yang dipimpin ole Abu Sufyan telah berlaku di sini pada 17 Ramadan tahun Hijrah yang kedua.

Baitul Makmur

Sebuah tempat yang terletak di langit yang kutujuh. Nabi s.a.w. pernah menemui Nabi Ibrahim di Baitul Makmur pada malam Israk Mikraj. Ia menjadi kiblat bagi para malaikat di langit dan dikatakan kedudukannya setentang dengan Kaabah di bumi.

Abdullah Bin Salam

Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.

Alaihissalam

Doa yang diucapkan ketika mendengar atau mendengan orang menyebut nama-nama rasul selain daripada daripada Nabi s.a.w. Ertinya ialah Ya Tuhanku kurniakanlah sejahtera ke atasnya.

Ayat Sajadah

Ayat-ayat al-Quran yang disunatkannya kita melakukan sujud apabila kita membacanya sama ada kita dalam keadaan solat atau di luar solat. Terdapat 14 tempat di dalam al-Quran. Sujud ini dinamakan sujud sajadah atau sujud tilawah.

Babus Salam

Bererti pintu selamat. Nama salah satu pintu di Masjidil Haram di Mekah. Orang Quraisy telah menjadikan pintu itu untuk memilih seorang hakim bagi menyelesaikan perbalahan meletak semula batu Hajar Aswad. Didapati Nabi s.a.w. yang mula-mula masuk menerusi pintu Babus Salam beliau dilantik menjadi hakim.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Jual Salam" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.