Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Hudaibiyah" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Hudaibiyah menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Hudaibiyah.

definisi Hudaibiyah

Hudaibiyah= Nama sebuah tempat kira-kira enam kilometer dari Mekah. Tempat ini menjadi bersejarah kerana Rasulullah s.a.w. telah membuat perjanjian dengan mengadakan gencatan senjata bersama kerajaan Mekah dalam tahun enam Hijrah. Tetapi perjanjian ini telah dicabuli oleh orang Quraisy Mekah yang telah membuka jalan kepada Rasulullah s.a.w. untuk menawan Mekah dalam tahun 8 Hijrah.

Lebih lanjut mengenai Hudaibiyah
Contoh kalimat untuk "Hudaibiyah"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Hudaibiyah" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Hudaibiyah untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Hudaibiyah

Hudaibiyah terdiri dari 1 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

Hudaibiyah

Nama sebuah tempat kira-kira enam kilometer dari Mekah. Tempat ini menjadi bersejarah kerana Rasulullah s.a.w. telah membuat perjanjian dengan mengadakan gencatan senjata bersama kerajaan Mekah dalam tahun enam Hijrah. Tetapi perjanjian ini telah dicabuli oleh orang Quraisy Mekah yang telah membuka jalan kepada Rasulullah s.a.w. untuk menawan Mekah dalam tahun 8 Hijrah.

Al-Juwaini

Namanya Abdul Malek bin Abdullah Al-Juwaini, seorang yang alim dalam ilmu kalam dan feqah serta penyokong kuat mazhab Syafie. Beliau bergelar imam Al-Harmim bagi Mekah dan Madinah.

Amirul Mukminin

Gelaran yang diberiakn kepada pemerintah-pemerintah Islam di zaman dahulu.Ertinya ialah perintah bagi seluruh umat Islam. Saidina Umar al- Khattab adalah orang yang pertama menerima gelaran itu.

A'Rabi

Orang arab yang mendiami di pendalaman padang pasir. Mereka hidup cara kuno, berkelompok- kelompok dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain, kerana mencari tempat yang sesuai untuk ternakan mereka.

ababil

Nama burung yang menyerang tentera Abrahah yang bergajah dengan seketul batu ketika mereka datang ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah. Tentera Abrahah telah musnah sama sekali kerana serangan burung-burung itu. Peristiwa ini berlaku dua tahun sebelum keputeraan Rasulullah s.a.w. dan tahun itu juga dinamakan Tahun Gajah. Cerita ini dirakamkan di dalam Surah al-Fil.

Abdul Bar

Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur.

Abu Jahal

Namanya Amru bin Hisyam. Beliau merupakan kafir Quraisy yang sangat keras menentang agama islam dan perancang utama dalam percubaan membunuh Nabi s.a.w. Beliau menentang agama Islam bukan kerana tidak tahu kebenaran Islam tetapi semata- mata kerana degil dan hasad kepada Rasulullah s.a.w. Beliau telah mati terbunuh dalam peperangan Badar ketika menentang tentera Islam.

Ad-Dailami

Namanya Shahradar bin Syirawih, dilahirkan di Dailam. Beliau seorang ulama hadis. Di antara kitab hadisnya ialah kitab Al-Firdaus. Beliau meninggal dunia pada tahun 557 Hijrah.

Ahlul Kitab

Orang yang beragama Yahudi dan Nasrani yang masih mengamalkan ajaran lama mereka sesudah kebangkitan Nabi s.a.w. dan mereka dihukumkan kafir kerana tidak mengikut syariat Nabi s.a.w. Hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka ialah orang Islam yang halal berkahwin dengan perempuan mereka dan sembelihan mereka halal dimakan.

Ahlul Quran

Orang yang arif dalam pembacaan Al-Quran dan isinya serta tafsir kitab Al-Quran.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Hudaibiyah" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.