Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Ibnu Umar" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Ibnu Umar menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Ibnu Umar.

definisi Ibnu Umar

Ibnu Umar= Namanya Abdullah bin Umar al-Khattab. Anak sulung Khalifah Umar al-Khattab. Beliau sangat bertaqwa dan kuat beribadat. Beliau dihormati dan hampir setanding dengan Khulafa' Ar-Rasyidin. Beliau pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. dan merupakan seorang perawi hadis Nabi s.a.w.

Lebih lanjut mengenai Ibnu Umar
Contoh kalimat untuk "Ibnu Umar"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Ibnu Umar" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Ibnu Umar untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Ibnu Umar

Ibnu Umar terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

hadis

Perbuatan, perkataan atau ikrar Rasulullah s.a.w. Hadis juga dikenali sebagai As-Sunnah. Hadis bermacam darjat, ada hadis sahih dan ada hadis dhaif.Di dalam perundangan, hadis menjadi sumber hukum selepas Al-Quran.

khalifah

Para sahabat yang menggantikan Rasullulah s.a.w. Mereka menjadi ketua dan memimpin umat Islam serta menyambung tugas baginda iaitu menyebarkan dakwah Islamiyah. Khulafa' Ar-Rasyidin seramai empat orang iaitu Khalifah Umar Al-Khattab, Abu Bakar As-Siddiq, Usman bin Affan dan Saidina Ali r.a.

Abdullah Bin Salam

Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.

Abdullah Bin Ubai

Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan Islam.

hadis qudsi

Hadis yang mana ertinya daripada Allah S.W.T. dan lafaznya disusun oleh Rasulullah s.a.w.

Ibnu Abas

Namanya Abdullah bin Abbas (sepupu Rasulullah s.a.w.). Dilahirkan di Mekah dua tahun sebelum Hijrah. Seorang sahabat yang sangant alim, bijak dam kuat beribadat. Banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. dan meninggal dunia di Taif pada tahun 68 Hijrah.

Ibnu Arabi

Namanya Muhammad bin Abdullah yang dilahirkan pada tahun 468 Hijrah dan meninggal pada tahun 543 Hijrah. Seorang daripada ulama Islam yang terkenal dalam bidang ilmu al-Quran, hadis dan feqah. Namun begitu lebih terkenal dalam bidang ilmu tasawuf dan banyak mengarang kitab mengenai ilmu tersebut.

Ibnu Batutah

Namanya Abdullah At-Tanji yang dilahirkan pada tahun 702 Hijrah di Morocco.Seorang pengembara Islam yang pernah menjelajah dunia dan serta membuatkajian dengan teliti tentang sesebuah masyarakat yang dilawatinya. Antara bukunya yang terkenal ialah Tuhfatun Nazar. Bukunya ini sangat penting kepada pengembara Barat untuk mengetahui geografi dan keadaan sesebuah negara.

Ibnu Hibban

Namanya Muhammad bin Hibban. Beliau dilahirkan di Sijistan dan mengembara ke beberapa tempat kerana mencari ilmu sehingga menjadi pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau paling terkenal dalam ilmu hadis dan sejarah.

Ibnu Ishak

Namanya Muhammad bin Ishak al-Madani. Beliau terkenal sebagai ulama hadis dan sejarah. Antara bukunya yang terkenal ialah Siratu Nabawiyah. Setelah berhijrah ke beberapa buah tempat akhirnya beliau menetap di Baghdad dan meninggal dunia di sana.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Ibnu Umar" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.