Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Agama Wahyu" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Agama Wahyu menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Agama Wahyu.

definisi Agama Wahyu

Agama Wahyu= Agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui kitab-kitabnya iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran. Namun begitu, ajaran kitab-kitab yang tersebut melainkan Al-Quran telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan tidak boleh dipakai lagi. Tambahan pula dengan turunnya Al-Quran, semua ajaran terdahulu telah dimansuhkan atau dibatalkan. Hanya Al-Quran saja yang kekal sehingga ke hari Kiamat. Agama Wahyu juga dikenali sebagai agama Samawi. Sebagai contoh, agama Islam dan agama Nasrani.

Lebih lanjut mengenai Agama Wahyu
Contoh kalimat untuk "Agama Wahyu"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Agama Wahyu" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Agama Wahyu untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Agama Wahyu

Agama Wahyu terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

Islam

Agama Allah S.W.T. yang dibawa oleh Nabi s.a.w. untuk manusia sejagat. Semua manusia diperintah untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang. Dasar agama Allah S.W.T. dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi s.a.w. tidak berubah iaitu bertuhankan Allah yang Maha Esa. Cuma yang berubah ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan syariah saja kerana mengikut kesesuaian masa.

Injil

Sebuah kitab dari Allah S.W.T. diturunkan kepada Nabi Isa a.s. dalam bahasa Ibrani. Antara kandungannya ialah mentauhidkan Allah S.W.T. dan menyatakan kelahiran Nabi s.a.w. Serta hukum dan pengajaran yang sesuai mengikut semasa. Injil yang asal sudah tiada lagi sekarang kerana paderi-paderi Kristian telah mengubah kandungannya yang sebenar sehingga terdapat lima macam Injil iaitu Injil Markus, Matta, Luqa, Yuhana dan Bernaba.

Agama Budaya

Agama-agama yang dicipta oleh manusia sendiri. Agama-agama ini tidak mempunyai kitab daripada Allah S.W.T. seperti agama Buddha dan lain-lain lagi.

Agama Tauhid

Agama yang mempunyai kepercayaan bahawa Tuhan itu cuma satu sahaja iaitu Allah S.W.T. yang mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Contohnya agama Islam.

Agama Wahyu

Agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui kitab-kitabnya iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran. Namun begitu, ajaran kitab-kitab yang tersebut melainkan Al-Quran telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan tidak boleh dipakai lagi. Tambahan pula dengan turunnya Al-Quran, semua ajaran terdahulu telah dimansuhkan atau dibatalkan. Hanya Al-Quran saja yang kekal sehingga ke hari Kiamat. Agama Wahyu juga dikenali sebagai agama Samawi. Sebagai contoh, agama Islam dan agama Nasrani.

Ajaran Sesat

Fahaman agama yang salah dan bertentangan dengan agama Islam. Ajaran ini boleh memesongkan iktikad seseorang daripada ajaran yang betul contohnya ajaran Qadyani. Mengamalkan ajaran sesat boleh menyebabkan seseorang itu syirik dan kekal selama-lamanya di dalam neraka.

Al-'Alaq (Surah)

Surah al-Quran yang ke-96. Surah ini mengandungi 19 ayatyang diturunkan di Mekah. Ayat 1 hingga 5 merupakan ayat al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan di Gua Hira'. Al-Alaq ertinya segumpal darah, kerana di dalam ayat yang kedua Allah menceritakan bahawa Dia menjadikan manusia itu daripada segumpal darah yang beku.

Al-A'Raf (Surah)

Surah al-Quran yang ketujuh. Mengandungi 206 ayat yang kebanyakannya diturunkan di Mekah kecuali lapan ayat daripadanya diturunkan di Madinah. Al-A'raf bererti tembok pemisah syurga dan neraka. Kerana di dalm surah ini ada menceritakan tentang kisah kehidupan penghuni kedua-duanya kelak.

Al-Ahzab (Surah)

Surah Al-Quran yang ke-33. Surah ini diturunkan di Madinah dan mengandungi 73 ayat. Ahzab bererti pasukan tenteradaripada pelbagai suku kaum yang berjumlah sepuluh ribu orang. Mereka bergabung untuk menyerang kerajaan Islam di Madinah pada tahun ke-5 Hijrah.Tetapi dengan pertolongan Allah S.W.T. mereka telah gagal dan Allah S.W.T. telah mengingatkan orang Islam agar selalu bersyukur dengan pertolonganNya.

Al-Aiyubi

Tokoh Islam yang mashyur dalam peprangan menentang tentera salib Eropah. Namanya ialah Sultan Salahudin Yusuf bin Aiyub. Beliau dilahirkan di Iran. Beliau juga bertanggung jawab menghapuskan fahaman-fahaman Syiah di Mesir dan menggantikan kerajaan Fatimiyah dengan kerajaan Aiyubi.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Agama Wahyu" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.