Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Abu Ubaidah Al-Jarah" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Abu Ubaidah Al-Jarah menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Abu Ubaidah Al-Jarah.

definisi Abu Ubaidah Al-Jarah

Abu Ubaidah Al-Jarah= Seorang daripada sahabat sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan masuk syurga.Beliau juga merupakan seorang panglima Islam yang berani, berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam semua peperangan. Panglima yang sangat berjasa mengembangkan agama Islam dan menawan negeri Syam, Hims dan Aleppo. Beliau wafat pada tahun 18 Hijrah.

Lebih lanjut mengenai Abu Ubaidah Al-Jarah
Contoh kalimat untuk "Abu Ubaidah Al-Jarah"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Abu Ubaidah Al-Jarah" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Abu Ubaidah Al-Jarah untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Abu Ubaidah Al-Jarah

Abu Ubaidah Al-Jarah terdiri dari 3 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

Islam

Agama Allah S.W.T. yang dibawa oleh Nabi s.a.w. untuk manusia sejagat. Semua manusia diperintah untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang. Dasar agama Allah S.W.T. dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi s.a.w. tidak berubah iaitu bertuhankan Allah yang Maha Esa. Cuma yang berubah ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan syariah saja kerana mengikut kesesuaian masa.

Abu Bakar As-Siddiq

Sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling rapat. Beliau pernah menemani Rasulullah s.a.w. ketika berhijrah ke Madinah. Beliau merupakan lelaki pertama yang memeluk agama Islam dan sentiasa membenarkan ajaran Rasulullah s.a.w. dengan sebab itu beliau digelar as-Siddiq . Nama asalnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah. Beliau telah menjadi khalifah yang pertama dan wafat ketika berusia 63 tahun.

Abu Hanifah

Seorang yang sangat alim dalam pengajian Islam, terutamanya dalam bidang Feqah. Beliau adalah pengasas mazhab Hanafi. Nama sebenarnya ialah Nukman bin Sabit. Beliau juga saudagar yang jujur dan telah meninggal dunia pada tahun 80 Hijrah.

Abu Ubaidah Al-Jarah

Seorang daripada sahabat sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan masuk syurga.Beliau juga merupakan seorang panglima Islam yang berani, berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam semua peperangan. Panglima yang sangat berjasa mengembangkan agama Islam dan menawan negeri Syam, Hims dan Aleppo. Beliau wafat pada tahun 18 Hijrah.

Abu Zar Al-Ghifari

Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bersikap tegas ketika memperjuangkan kebenaran dan hak. Cara hidupnya yang sederhana, tidak mementingkan kesenangan dunia. Sebaliknya sentiasa berusaha menyuburkan keimanan kepada Allah S.W.T.

Agama Budaya

Agama-agama yang dicipta oleh manusia sendiri. Agama-agama ini tidak mempunyai kitab daripada Allah S.W.T. seperti agama Buddha dan lain-lain lagi.

Agama Tauhid

Agama yang mempunyai kepercayaan bahawa Tuhan itu cuma satu sahaja iaitu Allah S.W.T. yang mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Contohnya agama Islam.

Agama Wahyu

Agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui kitab-kitabnya iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran. Namun begitu, ajaran kitab-kitab yang tersebut melainkan Al-Quran telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan tidak boleh dipakai lagi. Tambahan pula dengan turunnya Al-Quran, semua ajaran terdahulu telah dimansuhkan atau dibatalkan. Hanya Al-Quran saja yang kekal sehingga ke hari Kiamat. Agama Wahyu juga dikenali sebagai agama Samawi. Sebagai contoh, agama Islam dan agama Nasrani.

Abu Daud

Ulama hadis yang terkenal. Dilahirkan di Iraq. Namanya Sulaiman bin Al-Asy'as dan hidup di kurun ketiga Hijrah. Kitabnya yang bernama Sunan Abi Daud dianggap kitab ketiga yang terpenting selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dalam bidang ilmu hadis.

Abu Hurairah

Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dan telah memeluk Islam pada tahun ke-7 Hijrah. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhar, beliau banyak menghabiskan masanya dengan mendampingi Rasulullah s.a.w. Seorang yang kuat ingatan dalam menghafaz hadis dan banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Abu Ubaidah Al-Jarah" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.