Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Kata Awalan L Menurut Kamus Agama Islam

Index Kamus Agama Islam
Kata Awalan L Menurut Kamus Agama Islam
No Kata Arti
1 laknat Bererti kutukan. Sesiapa yang dilaknat oleh Allah S.W.T., terputusllah daripada rahmatNya. Allah S.W.T. mengutuk orang yang memberi rasuah dan orang yang menerimanya.
2 lian Suami bersumpah sebanyak lima kali dengan menuduh isterinya berzina dengan orang lain. Perkahwinan mereka terputus dan mereka tidak boleh berkahwin lagi buat selama-lamanya sebaik sahaja peristiwa lian berlaku.
3 Ladza Salah sebuah neraka yang penuh dengan pelbagai azab. Ladza adalah tempat bagi orang yang menderhaka kepada Allah S.W.T. Ada pendapat ulama mengatakan antara penhuni-penghuninya ialah iblis.
4 Laghwun Perkara yang kosong dan tidak memberi faedah pada kiraan syarak.
5 Lahwul-Hadis Percakapan kosong yang sia-sia sahaja.
6 Lahwun Macam mainan sahaja atau kesenangan yang sementara sahaja. Contohnya kesenangan dan nikmat di dunia yang hanya merupakan kesenangan yang sekejap sahaja dan tidak lama, tidak seperti kesenangan dan nikmat akhirat yang berkekalan.
7 Lailatul Qadar Satu malam yang sangat mulia. Orang Islam yang beribadat pada malam tersebut lebih banyak mendapat pahala daripada beribadat seribu malam bulan-bulan yang biasa. Lailatul Qadar berlaku dalam salah satu daripada sepuluh malam yang terakhir pada bulan Ramadhan.
8 Lailatulqadar Malam ketetapan atau malam kemuliaan yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa beribadah pada malam itu akan diberi balasan yang berlipat dan diampuni dosa-dosanya.
9 Lauwamah Sejenis nafsu manusia iaitu perasaan seseorang yang mencela dirinya setiap kali terlintas di hati hendak melakukan maksiat kerana ia masih lagi digoda oleh nafsu yang jahat.
10 Lawh Mahfuz Sebuah tempat catatan nasib manusia dan rahsia makhluk Allah di alam ghaib yang dijaga dengan penuh rapi oleh para malaikat dan tiada sesiapa yang dapat menghampirinya.
11 Li’An Kutukan atau sumpah dari suami kepada istrinya yang dituduhnya berzina dengan laki-laki lain ; suami dapat mengajukan 4 orang saksi yang menguatkan tuduhannya, jika tidak bisa mendapatkannya maka sua
12 Luqathah Mengambil barang terccer di jalanan umum atau di suatu tempat. Barang yang ditemukan harus diumumkan dalam waktu 1 tahun dengan berulang kali, jika tidak ada yang mengklaim, maka bolehlah dimilikinya
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.