Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Kata Awalan K Menurut Kamus Agama Islam

Index Kamus Agama Islam
Kata Awalan K Menurut Kamus Agama Islam
No Kata Arti
1 Kaabah Sebuah bangunan yang terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Mekah. Bentuknya empat segi, Tinggi 15 meter, panjang 11 meter lebih dan lebarnya kira-kira 10 meter. Ia juga bernama Baitul Al-Haram dan dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Ia menjadi arah kiblat bagi orang Islam solat.
2 kafan Membalut mayat untuk dikebumikan. Biasanya ia menggunakan kain putih. Mengkafankan selepas mayat dimandikan. Sekukrang-kurang kain kafan satu lapis tetapi sebaiknya tiga lapis bagi lelaki dan lima lapis bagi perempuan.
3 kafir
4 karun orang yang paling kaya pada zaman Nabi Musa a.s. tetapi menindas orang yang miskin dan angkuh dengan kekayaannya lalu menjadi kufur. Lalu Allah S.W.T. memrintahkan bumi menelan dirinya serta hartanya.
5 keramat Perkara ganjil yang berlaku kepada orang yang saleh. Tujuan Allah S.W.T. mengadakan perkara yan ganjil ini adalah sebagai balasan untuk hamba-hambaNya yang taat. Tiada keramat pada kuburan, pada pokok kayu dan sebagainya. Kepercayaan kepada benda-benda karut adalah kepercayaan karut.
6 khalifah Para sahabat yang menggantikan Rasullulah s.a.w. Mereka menjadi ketua dan memimpin umat Islam serta menyambung tugas baginda iaitu menyebarkan dakwah Islamiyah. Khulafa' Ar-Rasyidin seramai empat orang iaitu Khalifah Umar Al-Khattab, Abu Bakar As-Siddiq, Usman bin Affan dan Saidina Ali r.a.
7 khalwat 1- Perbuatan mengasingkan diri di suatu tempat sunyi untuk menumpukan hati beribadat kepada Allah Taala. 2- Pengasingan diri secara berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan juga bukan suami isteri di tempat sunyi dan terpencil.
8 khiar Satu cara jual beli yang boleh dibatalkanuntuk menjaga kepentingan pembeli dan penjual. Ada majlis khiar, majlis syarat dan majlis ghaib.
9 khitan Memotong kulit yang menutupi ujung kemaluan untuk menjaga agar di sana tidak berkumpul kotoran, juga agar dapat menahan kencing dan supaya tidk mengurangi kenikmatan dalam bersenggama.
10 khuldi 1- Nama sepohon kayu di dalam syurga. Allah S.W.T.melarang Nabi Adam a.s. mendekati pokok ini. Namun terpedaya dengan tipu daya iblis, Nabi Adam a.s.s telah melanggar larangan tersebut lalu Allah S.W.T. menurunkannya ke bumi.
11 khuluk Tebus talak. Isteri boleh meminta cerai dari suaminya dengan bayaran tertentu mengikut persetujuan kedua-dua belah phak. Apabila isteri membayar, suami menceraikannya.
12 khunsa orang yang tidak jelas jantinanya sama ada lelaki atau perempuan.
13 khurafat Kepercayaan atau amalan karut yang bertentangan dengan agama Islam yang sebenarnya. Sebagai contoh mendapat bala kempunan disebabkan kempunan memakan sesuatu, puja pantai dan sebagainya.
14 khusuf Gerhana bulan. Sunat melakukan solat sunat khusuf sebanyak dua rakaat secara berjemaah apabila kelihatan gerhana bulan.
15 khusyuk Merendah diri atau mengaku kelemahan dirinya kepada Allah S.W.T.
16 kias Menentukan hukum bagi sesuatu madslah yang baru berlaku dengan membandibngka hukum yang ada pada masalah yang hampr serupa. Kias merupakan salah satu hukum syarak.
17 kolah Sukatan air yang membezakan air yang banyak dengan air yang sedikit. Air doa kolah sebanyak 9 2/3 tin minyak tanah dikatakan air banyak. Jika masuk najis dan air tidak berubah, hukumnya air itu masih bersih. Air yang kurang daripada dua kolah, dikatakan air yang sedikit dan apabila air itu dimasuki najis ia sudah tidak suci lagi.
18 korban 1-Menyembelih binatang ternakan pada hari korban untuk mendapatkan pahala korban. 2- Hari Raya Aidil Adha juga dikatakan hari raya korban.
19 kufu Taraf perkahwinan di antara suami isteri. Bagaimanapun kufu bukanlah syarat sah perkahwinan. Namun demikian, jika salah seorang tidak bersetuju, ia boleh menuntut fasakh dengan alasan tidak kufu.
20 kufur
21 kusuf Gerhana Matahari. Sunat melakukan solat sunat kusuf sebanyak dua rakaat berjemaah apabila ternampak gerhana matahari.
22 Khalaf Kumpulah ahli sunnah yang hidup selepas 300 tahun Nabi s.a.w. berhijrah. Sehingga sekarang lawannya ialah Ulama salaf.
23 Khatan Memotong kulit yang muncul pada zakar kanak-kanak lelaki iaitu tempat najis berkumpul. Bagi perempuan pula ialah memotong sedikit hujung kemaluan perempuan.
24 kinayah Perkataan dalam al-Quran yang sukar dimengertikan maknabnya melainkan dengan karinahnya.
25 Khadijah Isteri pertasma Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan seorang saudagaryang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti yang mulia. Beliau telah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. 22 tahun sebelum Hijrah. Mereka dikurniakn anak seramai enam orang. 2 putera iaitu Kassim dan Abdullah dan 4 puteri iaitu Zainab, Rukiah, umi Kalsum dan Fatimah.
26 Khilafah Jawatan yang disandang oleh seorang khalifah sebagai pengganti Rasulullah s.a.w.
27 Kabair Ertinya dosa-dosa besar. Seperti menyekutukan Allah S.W.T., membunuh, mengamalkan sihir, berzina dan lain-lain lagi. Dosa besar hilang dengan cara bertaubat saja.
28 Kafalah Takrif : Menurut bahasa Arab, kafalah bermaksud beriltizam, menghimpun dan menggabungkan. Menurut syarak : Memikul tanggungjawab terhadap sesuatu hak yang telah disahkan menjadi tanggungan orang lain
29 Kafarah Denda yan telah ditetapkan ole syarak ke atas orang yan melakukan kesalahanatau menampung ibadat yang kurang sempurna. Antara sebab yang diwajibkan kifarah ialah menyalahi nazar dan merosakan amalan
30 Kalalah Seseorang yang meninggal dunia tanpa mninggalkan bapa ataupun anak.
31 Kara'Alghamin Kaki binatang. Tersebut dalam hadis bahawa Nabi s.a.w. memperkenan jemputan orang, walaupun hanya sup kaki kambing saja. Dan Di tempat yang jauh seperti di Al-Ghanim.
32 Karamallah Wajhah Gelaran yang diberikan kepada Saidina Ali. Gelaran ini bererti Allah memuliakannya kerana ia belum pernah menyembah berhala walau pun sebelum Islam.
33 Kasyaf Nampak sesuatu yang ghaib melalui mata hati. Ia seolah-olah nampakdengan mata kasar. Seperti yang diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. nampak dengan hatinya mayat salah seorang Raja Najashi yang beragama Islam, lalu Nabi s.a.w. pun bersolat ghaib.
34 Kedup Rumah kecil, tempat duduk di atas belakang unta.
35 Keluarga Muhammad 1.Golongan Bani Hasyim dan Bani Mutholib yang tidak diperbolehkan menerima zakat, 2.Anak cucu dan para istrinya, 3. Umat dan pengikutnya sampai hari kiamat, 4.Golongan yang taqwa diantara umatnya.  
36 Khaal Saudara lelaki ibu.
37 Khaalah Saudara perempuan ibu
38 Khaibar Nama satu tempat di utara Madinah. Orang Yahudi telah berkumpul disini untuk menentang tentera Islam secara habis-habisan. Rasulullah s.a.w. bersama tenttera-tentera Islam telah berjaya menewaskan mereka dalam perang Khaibar.
39 Khalid Bin Walid Panglima Islam yang mashur. Beliau adalah seorang yang berani dan pintardi dalam peperangan. Beliau memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah. Disebabkan keberaniannya, beliua telah digelar sebagai Saifullah (pedang Allah). Beliau meninggal dunia pada tahun 21 Hijrah di Hims.
40 Khamru Arak, iaitu tiap-tiasp minuman yang biasanya memabukkan orang yang meminumnya dan tidak kira ia diperbuat daripada apa.
41 Khandak Pertahanan atau kubu, Perang Khandak berlaku pada tahun ke-5 Hijrah di Madinah di antara tentera Islam dengan tentera kafir bersekutu. Nabi s.a.w. telah menggali parit sebagai kubu pertahanan daripada serangan musuh. Peperangan ini juga dikenali dengan nama Perang Ahzab.
42 Khawarij Nama satu mazhab dalam ilmu Tauhid. Asalnya satu puak Islam yang menentang keputusan Saidina Ali r.a. menerima gencatan senjata dengan Muawiyah, kenudia telah menjadi satu mazhab. Antara ajaran mereka ialah orang Islam terus menerus melakukan dosa besar dan kemudian mati belum sempat bertaubat, mereka dihukumkan kafir.
43 Khiar Aib Pembeli boleh memulangkan balik barang yang telah dibeli kalau barang itu rosak, sebelum diterima atau rosak yang disembunyikan.
44 Khiar Majlis Penjual dan pembeli berhak membuat keputusan meneruskan jual belinya atau membatalakn selagi mereka belum berpisah.
45 Khiar Syarat penjual atau pembeli boleh membuat syarat dalam akad jual beli dalam masa tiga hari sama ada terus membeli atau sebaliknya.
46 Khithbah (Peminangan); dimana calon suami boleh melihat calon istri dalam batas-batas kesopanan Islam yaitu melihat muka dan telapak tangannya, disaksikan oleh sebahagian keluarga kedua pihak dengan tujuan untu
47 Khuf
48 Khuntsa Ghairu Musykil banci yang bisa diketahui laki-laki atau perempuannya, kerana adanya tanda-tanda.
49 Khuntsa Musykil banci yang tidakk bisa diketahui apakah dia laki-laki atau perempuan, kerana tidak adanya tanda-tanda.
50 Khuntsa Banci.
51 Khutbah Ucapan yang mengandungi puji-pujian kepada Allah S.W.T., selawat, nasihat dan pengajaran yang diucapkan sebelum memulakan solat Jumaat. Khutbah nikah pula dibaca ketika hendak memulakan akad nikah. Namun dalam solat Hari Raya, khutbah dibacakan selepas solat sunat Hari Raya.
52 Kitab Allah hukum dan peraturan hidup yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui rasul-rasulNya untuk menjadi panduan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Kitab-kitab Allah S.W.T. ialah Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
53 Kudsi Berita yang disampaikan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi s.a.w. melalui mimpi atau ilham, kemudian Nabi s.a.w. akan menceritakan kepada umatnya dengan perkataan sendiri yang sama maksud dengan berita tersebut.
54 Kufah Sebuah bandar di negara Iraq. Saiyidina Ali telah memindahkan pusat pentadbiran dari Madinah ke Kufah kerana di sana lebih banyak penyokongnya. Beliau wafat dan dikebumikan di Kufah.
55 Kufu’ Kesamaan/kesetaraan antara calon suami dan calon isteri dalam perkawinan. Kufu’ yang dimaksud adalah dalam segi agama dan akhlak semata, bukan perbedaan kelas sosial dan yang sebangsanya.
56 Kutub Sittah Ia juga di sebut Sunan Sittah, iaitu enam buah kitab yang ditulis oleh enam orang ulama hadis yang termasyhur. Kitab-kitabnya ialah Sahih Muslim, Sahih Bukhari, Sunan Tarmizi, Sunan Abi Daud, Sunun An-Nasai dan Sunan Ibnu Majah.
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.