Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Idris (Nabi)" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Idris (Nabi) menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Idris (Nabi).

definisi Idris (Nabi)

Idris (Nabi)= Seorang daripada rasul pilihan. Nama penuhnya Idris bin Mahlil bin Thia bin Adam a.s. beliau orang yang mula mengetahui ilmu yang penting bagi manusia seperti jahit-menjahit, menulis dan sebagainya. Beliau diutuskan kepada keturunan Qabil yang menyembah berhala

Lebih lanjut mengenai Idris (Nabi)
Contoh kalimat untuk "Idris (Nabi)"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Idris (Nabi)" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Idris (Nabi) untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Idris (Nabi)

Idris (Nabi) terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

berhala

Patung yang diperbuat daripada logam atau benda lain untuk dipuja dan disembah bagi menggantikan Tuhan yang sebenar. Perbuatan menyembah berhala adalah bercanggah dengan tabiat semula jadi dan syirik, serta terkeluar daripada agama Islam.

Adam (Nabi)

Seorang nabi dan rasul pilihan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. daripada unsur tanah. Daripada Adam Dan Hawalah asal keturunan manusia yang ada sekarang. Setelah Allah S.W.T. menjadikan Nabi Adam, Allah S.W.T. telah menyuruh semua malaikat dan iblis menghormatinya. Namun iblis enggan menurut perintah lalu menjadi kafir. Nabi Adam adalah pemerintah pertama di muka bumi ini.

Idris (Nabi)

Seorang daripada rasul pilihan. Nama penuhnya Idris bin Mahlil bin Thia bin Adam a.s. beliau orang yang mula mengetahui ilmu yang penting bagi manusia seperti jahit-menjahit, menulis dan sebagainya. Beliau diutuskan kepada keturunan Qabil yang menyembah berhala

Bintu Labun

Istilah yang digunakan bagi anak unta betina yang berumur setahun lebih. Ia dijadikan zakat bagi jumlah unta 25 hingga 35 ekor.

Bintu Makhad

Istilah yang digunakan untuk anak unta betina yang berumur dua tahun lebih. Ia dijadiak zakat bagi jumlah unta 36 hingga 44 ekor.

Abdullah Bin Salam

Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.

Abdullah Bin Ubai

Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan Islam.

Ali Bin Abi Talib

Beliau telah dilahirkan di Mekah kira-kira 23 tahun sebelum Hijrah. Beliau adalah kanak-kanak yang mula-mula memeluk agama Islam, anak angkat dan menantu Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuan, cerdas berfikir, panglima yang gagah perkasa serta digelar Karamullahu Wajhah dan juga diantara sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan akan masuk syurga. Beliau menjadi khalifah yang keempat. Semasa pemerintahannya umat Islam terbabit dengan perang saudara.

Amru Bin Al-As

Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkemuka. Namanya Abdullah Amru bin Al-As. Beliau memeluk Islam pada tahun ketujuh Hijrah ketika dibuat perjanjian Hudaibiyah. Panglima Islam yang berani dan bijak. Dan banyak berjasa kepada dakwah Islam serta setanding dengan Khalid bin Walid. Beliau juga merupakan panglima Islam yang telah membuka negeri Mesir. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi gabenor di Mesir.Beliau telah wafat pada tahun 43 Hijrah.

Anas Bin Malik

Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah lama berkhidmat sebagai khadam. Setelah Rasulullah wafat beliau berpindah ke Basrah dan mengajar agama di sana. Beliau banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. seperti yang terkumpul di dalam Musnad Ahmad.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Idris (Nabi)" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.