Kamus ini menjelaskan Arti Kata Ibnu Qaiyim menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Ibnu Qaiyim.
Ibnu Qaiyim= Namanya Muhammad bin Abu Bakar Syamsudin. Beliau dilahirkan pada tahun 691 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 751 Hijrah. Beliau seorang ulama yang terkenal dan luas pengetahuan serta banyak membuat penyelidikan. Beliau juga adalah murid kepada Ibnu Taimiyah. Sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan pendapatnya dan banyak menuls kitab.
Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Ibnu Qaiyim" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Ibnu Qaiyim untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.
Lebih lanjut mengenai Ibnu Qaiyim
Ibnu Qaiyim terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:
hijrah |
Peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah untuk mengatur dakwah yang stategis. Satu lagi ialah perpindahan orang Mekah ke Habsyah kerana mencari perlindungan dari kekejaman orang Quraisy di Mekah. Dari mula perpindahan Rasulullah s.a.w. itu bermulalah kalendar orang Islam. |
Abu Daud |
Ulama hadis yang terkenal. Dilahirkan di Iraq. Namanya Sulaiman bin Al-Asy'as dan hidup di kurun ketiga Hijrah. Kitabnya yang bernama Sunan Abi Daud dianggap kitab ketiga yang terpenting selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dalam bidang ilmu hadis. |
Abu Hanifah |
Seorang yang sangat alim dalam pengajian Islam, terutamanya dalam bidang Feqah. Beliau adalah pengasas mazhab Hanafi. Nama sebenarnya ialah Nukman bin Sabit. Beliau juga saudagar yang jujur dan telah meninggal dunia pada tahun 80 Hijrah. |
Abu Jahal |
Namanya Amru bin Hisyam. Beliau merupakan kafir Quraisy yang sangat keras menentang agama islam dan perancang utama dalam percubaan membunuh Nabi s.a.w. Beliau menentang agama Islam bukan kerana tidak tahu kebenaran Islam tetapi semata- mata kerana degil dan hasad kepada Rasulullah s.a.w. Beliau telah mati terbunuh dalam peperangan Badar ketika menentang tentera Islam. |
Abu Ubaidah Al-Jarah |
Seorang daripada sahabat sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan masuk syurga.Beliau juga merupakan seorang panglima Islam yang berani, berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam semua peperangan. Panglima yang sangat berjasa mengembangkan agama Islam dan menawan negeri Syam, Hims dan Aleppo. Beliau wafat pada tahun 18 Hijrah. |
Abu Zar Al-Ghifari |
Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bersikap tegas ketika memperjuangkan kebenaran dan hak. Cara hidupnya yang sederhana, tidak mementingkan kesenangan dunia. Sebaliknya sentiasa berusaha menyuburkan keimanan kepada Allah S.W.T. |
Ibnu Abas |
Namanya Abdullah bin Abbas (sepupu Rasulullah s.a.w.). Dilahirkan di Mekah dua tahun sebelum Hijrah. Seorang sahabat yang sangant alim, bijak dam kuat beribadat. Banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. dan meninggal dunia di Taif pada tahun 68 Hijrah. |
Ibnu Arabi |
Namanya Muhammad bin Abdullah yang dilahirkan pada tahun 468 Hijrah dan meninggal pada tahun 543 Hijrah. Seorang daripada ulama Islam yang terkenal dalam bidang ilmu al-Quran, hadis dan feqah. Namun begitu lebih terkenal dalam bidang ilmu tasawuf dan banyak mengarang kitab mengenai ilmu tersebut. |
Ibnu Batutah |
Namanya Abdullah At-Tanji yang dilahirkan pada tahun 702 Hijrah di Morocco.Seorang pengembara Islam yang pernah menjelajah dunia dan serta membuatkajian dengan teliti tentang sesebuah masyarakat yang dilawatinya. Antara bukunya yang terkenal ialah Tuhfatun Nazar. Bukunya ini sangat penting kepada pengembara Barat untuk mengetahui geografi dan keadaan sesebuah negara. |
Ibnu Hibban |
Namanya Muhammad bin Hibban. Beliau dilahirkan di Sijistan dan mengembara ke beberapa tempat kerana mencari ilmu sehingga menjadi pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau paling terkenal dalam ilmu hadis dan sejarah. |
Jika informasi mengenai "Ibnu Qaiyim" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.
Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.