Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Darus Salam" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Darus Salam menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Darus Salam.

definisi Darus Salam

Darus Salam= Nama salah sebuah syurga.

Lebih lanjut mengenai Darus Salam
Contoh kalimat untuk "Darus Salam"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Darus Salam" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Darus Salam untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Darus Salam

Darus Salam terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

Darus Salam

Nama salah sebuah syurga.

Alaihissalam

Doa yang diucapkan ketika mendengar atau mendengan orang menyebut nama-nama rasul selain daripada daripada Nabi s.a.w. Ertinya ialah Ya Tuhanku kurniakanlah sejahtera ke atasnya.

Babus Salam

Bererti pintu selamat. Nama salah satu pintu di Masjidil Haram di Mekah. Orang Quraisy telah menjadikan pintu itu untuk memilih seorang hakim bagi menyelesaikan perbalahan meletak semula batu Hajar Aswad. Didapati Nabi s.a.w. yang mula-mula masuk menerusi pintu Babus Salam beliau dilantik menjadi hakim.

Jual Salam

Jual beli barang yang belum ada pad majlis akad. Sebagai contoh, Saya menjual kepada awak sebuah almari pakaian, bentuknya sekian-sekian. Pembeli setuju serta membayar harganya dan almari itu datang kemudian.

Abdullah Bin Salam

Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.

ababil

Nama burung yang menyerang tentera Abrahah yang bergajah dengan seketul batu ketika mereka datang ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah. Tentera Abrahah telah musnah sama sekali kerana serangan burung-burung itu. Peristiwa ini berlaku dua tahun sebelum keputeraan Rasulullah s.a.w. dan tahun itu juga dinamakan Tahun Gajah. Cerita ini dirakamkan di dalam Surah al-Fil.

Abdul Bar

Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur.

Abu Hurairah

Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dan telah memeluk Islam pada tahun ke-7 Hijrah. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhar, beliau banyak menghabiskan masanya dengan mendampingi Rasulullah s.a.w. Seorang yang kuat ingatan dalam menghafaz hadis dan banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w.

Abu Jahal

Namanya Amru bin Hisyam. Beliau merupakan kafir Quraisy yang sangat keras menentang agama islam dan perancang utama dalam percubaan membunuh Nabi s.a.w. Beliau menentang agama Islam bukan kerana tidak tahu kebenaran Islam tetapi semata- mata kerana degil dan hasad kepada Rasulullah s.a.w. Beliau telah mati terbunuh dalam peperangan Badar ketika menentang tentera Islam.

Abu Lahab

Salah seorang bapa saudara Nabi s.a.w . Dan namanya yang sebenar ialah Abdul Uzza. Beliau sangat memusuhi Rasulullah s.a.w. dan menentang dakwah Islam sehingga diturunkah surah Al-Lahab (lidah api). Surah ini mencela Abu Lahab bersama isterinya dan kedua-duanya akan dikenakan api neraka yang dahsyat.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Darus Salam" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.