Kamus ini menjelaskan Arti Kata Abdul Bar menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Abdul Bar.
Abdul Bar= Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur.
Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Abdul Bar" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Abdul Bar untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.
Lebih lanjut mengenai Abdul Bar
Abdul Bar terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:
hadis |
Perbuatan, perkataan atau ikrar Rasulullah s.a.w. Hadis juga dikenali sebagai As-Sunnah. Hadis bermacam darjat, ada hadis sahih dan ada hadis dhaif.Di dalam perundangan, hadis menjadi sumber hukum selepas Al-Quran. |
Abdul Bar |
Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur. |
Abdullah Bin Salam |
Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat. |
Abdullah Bin Ubai |
Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan Islam. |
hadis qudsi |
Hadis yang mana ertinya daripada Allah S.W.T. dan lafaznya disusun oleh Rasulullah s.a.w. |
Abdul Rahman Bin Auf |
Sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkemuka dan memeluk Islam sejak awal-awal lagi. Beliau merupakan seorang saudagar yang dermawan dan mendermakan berpuluh-puluh ribu dinar hartanya untuk perbelanjaan pertahanan negara. Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dan wafat ketika berusia 75 tahun. Beliau telah dimakamkan di Baqek. |
Abdullah Bin Rawahah |
Jurutulis Rasulullah s.a.w. dan panglima Islam yang berani. Beliau gugur dan mati syahid ketika menentang tentera Rome dalam peperangan Muktah yang mana tentera mereka tujuh kali ganda lebih banyak daripada tentera Islam. |
Abdullah Bin Sabak |
Pendeta Yahudi yang telah memeluk agama Islam. Beliau berjaya mempengaruhi banyak orang Islam supaya bencikan pemerintahan Khalifah Usman bin Affan dan mengagung-agungkan Saidina Ali dengan cara melebih-lebihkannya. Tujuannya ialah memecah-belahkan perpaduan Islam. Beliau jugalah yang membangkitkan fahaman Syiah. |
Abdullah Bin Umar |
Putera sulung Saidina Umar Al-Khattab. Beliau memeluk Islam ketiak berusia lapan tahun. Beliau sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan dihormati. Beliau sangat kuat beribadat kepada Allah dan perawi hadis dan telah meninggal dunia pada usia 84 tahun di Mekah. |
barzakh |
Alam permulaan bagi alam akhirat. Orang yang sudah mati, roh mereka berhimpun di alam barzakh menunggu kebangkitan semula pada hari Kiamat. Alam ini juga disebut alam kubur. |
Jika informasi mengenai "Abdul Bar" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.
Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.