Kamus ini menjelaskan arti nama Ibnu Sina menurut Kamus Arti Nama. Selain arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Ibnu Sina.
Ibnu Sina= Bapa perubatan
Berikut adalah detail mengenai nama yang ada di basis data Kamus Arti Nama:
Kelamin | Laki-laki |
Asal | Arab |
Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Ibnu Sina" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Ibnu Sina untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.
Lebih lanjut mengenai Ibnu Sina
Ibnu Sina terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:
hijrah |
Peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah untuk mengatur dakwah yang stategis. Satu lagi ialah perpindahan orang Mekah ke Habsyah kerana mencari perlindungan dari kekejaman orang Quraisy di Mekah. Dari mula perpindahan Rasulullah s.a.w. itu bermulalah kalendar orang Islam. |
Abu Hanifah |
Seorang yang sangat alim dalam pengajian Islam, terutamanya dalam bidang Feqah. Beliau adalah pengasas mazhab Hanafi. Nama sebenarnya ialah Nukman bin Sabit. Beliau juga saudagar yang jujur dan telah meninggal dunia pada tahun 80 Hijrah. |
Abu Jahal |
Namanya Amru bin Hisyam. Beliau merupakan kafir Quraisy yang sangat keras menentang agama islam dan perancang utama dalam percubaan membunuh Nabi s.a.w. Beliau menentang agama Islam bukan kerana tidak tahu kebenaran Islam tetapi semata- mata kerana degil dan hasad kepada Rasulullah s.a.w. Beliau telah mati terbunuh dalam peperangan Badar ketika menentang tentera Islam. |
Abu Ubaidah Al-Jarah |
Seorang daripada sahabat sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan masuk syurga.Beliau juga merupakan seorang panglima Islam yang berani, berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam semua peperangan. Panglima yang sangat berjasa mengembangkan agama Islam dan menawan negeri Syam, Hims dan Aleppo. Beliau wafat pada tahun 18 Hijrah. |
Abu Zar Al-Ghifari |
Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bersikap tegas ketika memperjuangkan kebenaran dan hak. Cara hidupnya yang sederhana, tidak mementingkan kesenangan dunia. Sebaliknya sentiasa berusaha menyuburkan keimanan kepada Allah S.W.T. |
Ali Bin Abi Talib |
Beliau telah dilahirkan di Mekah kira-kira 23 tahun sebelum Hijrah. Beliau adalah kanak-kanak yang mula-mula memeluk agama Islam, anak angkat dan menantu Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuan, cerdas berfikir, panglima yang gagah perkasa serta digelar Karamullahu Wajhah dan juga diantara sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan akan masuk syurga. Beliau menjadi khalifah yang keempat. Semasa pemerintahannya umat Islam terbabit dengan perang saudara. |
Ibnu Abas |
Namanya Abdullah bin Abbas (sepupu Rasulullah s.a.w.). Dilahirkan di Mekah dua tahun sebelum Hijrah. Seorang sahabat yang sangant alim, bijak dam kuat beribadat. Banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. dan meninggal dunia di Taif pada tahun 68 Hijrah. |
Ibnu Arabi |
Namanya Muhammad bin Abdullah yang dilahirkan pada tahun 468 Hijrah dan meninggal pada tahun 543 Hijrah. Seorang daripada ulama Islam yang terkenal dalam bidang ilmu al-Quran, hadis dan feqah. Namun begitu lebih terkenal dalam bidang ilmu tasawuf dan banyak mengarang kitab mengenai ilmu tersebut. |
Ibnu Batutah |
Namanya Abdullah At-Tanji yang dilahirkan pada tahun 702 Hijrah di Morocco.Seorang pengembara Islam yang pernah menjelajah dunia dan serta membuatkajian dengan teliti tentang sesebuah masyarakat yang dilawatinya. Antara bukunya yang terkenal ialah Tuhfatun Nazar. Bukunya ini sangat penting kepada pengembara Barat untuk mengetahui geografi dan keadaan sesebuah negara. |
Ibnu Hibban |
Namanya Muhammad bin Hibban. Beliau dilahirkan di Sijistan dan mengembara ke beberapa tempat kerana mencari ilmu sehingga menjadi pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau paling terkenal dalam ilmu hadis dan sejarah. |
Jika informasi mengenai "Ibnu Sina" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.
Kamus ini cocok untuk:
Kamus ini memuat 120.000 lebih lema. Meskipun kami berusaha agar data di kamus ini adalah benar, namun kami tidak menjamin data ini 100% akurat. Mohon kebijaksanaan dalam menggunakan kamus ini.