Kamus ini menjelaskan Arti Kata Kudsi menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Kudsi.
Kudsi= Berita yang disampaikan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi s.a.w. melalui mimpi atau ilham, kemudian Nabi s.a.w. akan menceritakan kepada umatnya dengan perkataan sendiri yang sama maksud dengan berita tersebut.
Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Kudsi" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Kudsi untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.
Lebih lanjut mengenai Kudsi
Kudsi terdiri dari 1 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:
Kudsi |
Berita yang disampaikan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi s.a.w. melalui mimpi atau ilham, kemudian Nabi s.a.w. akan menceritakan kepada umatnya dengan perkataan sendiri yang sama maksud dengan berita tersebut. |
Adam (Nabi) |
Seorang nabi dan rasul pilihan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. daripada unsur tanah. Daripada Adam Dan Hawalah asal keturunan manusia yang ada sekarang. Setelah Allah S.W.T. menjadikan Nabi Adam, Allah S.W.T. telah menyuruh semua malaikat dan iblis menghormatinya. Namun iblis enggan menurut perintah lalu menjadi kafir. Nabi Adam adalah pemerintah pertama di muka bumi ini. |
ajnabi |
Orang lelaki dan perempuan yang halal berkahwin iaitu bukan muhrim. Mereka wajib menutup aurat dan dalam pergaulan yang terbatas. |
Ayub (Nabi) |
Salah satu daripada 25 orang rasul pilihan dan nama mereka tercatat dalam al-Quran. Sesungguhnya Nabi Ayub a.s. banyak menempuh dugaan dugaan daripada Allah S.W.T. ketika berdakwah tetapi beliau tetap bersikap tenang dan sabar. |
Daud (Nabi) |
Salah seorang daripada rasul pilihan. Nmanya Daud bin Ashiya, dilahirkan di Baitul Laham. Beliau dikurniakan kitab Zabur dan suaranya merdu bila membaca kitab Zabur. Beliau membunuh Raja Jalut yang zalim, kemudian beliau dilantik menjadi raja dan memerintah kaum Bani Israel dengan adil. |
Harun (Nabi) |
Salah seorang daripada nabi dan rasul pilihan. Saudara daripada Nabi Musa a.s. dan menjadi pembantu kepadanya dalam menegakkan seruan agama Allah S.W.T.Beliau pernah memangku tugas Nabi Musa a.s. ketika beliau sedang bermunajat di Bukit Tursina. |
Hidir (Nabi) |
Setengah ulama mengatakan Hidir itu nabi. Dan setengah pula mengatakan beliau hanya wali Allah S.W.T. Terdapat cerita-cerita rekaan yang mengatakan Hidir masih hidup hingga sekarang. |
Idris (Nabi) |
Seorang daripada rasul pilihan. Nama penuhnya Idris bin Mahlil bin Thia bin Adam a.s. beliau orang yang mula mengetahui ilmu yang penting bagi manusia seperti jahit-menjahit, menulis dan sebagainya. Beliau diutuskan kepada keturunan Qabil yang menyembah berhala |
Ilyas (Nabi) |
Salah seorang daripada rasul plihan. Diutuskan kepada satu kaum yang menyembah berhala di satu kawasan berhampiran dengan Lubnan. Oleh sebab kejahatan kaum itu melampaui batas, Nabi Ilyas a.s. dan pengikut-pengikutnya berpindah. Allah S.W.T. membinasakan kaum tersebut dengan gempa bumi yang dahsyat. |
Karamallah Wajhah |
Gelaran yang diberikan kepada Saidina Ali. Gelaran ini bererti Allah memuliakannya kerana ia belum pernah menyembah berhala walau pun sebelum Islam. |
Jika informasi mengenai "Kudsi" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.
Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.