Kamus ini menjelaskan Arti Kata Ihya'Ulumuddin menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Ihya'Ulumuddin.
Ihya'Ulumuddin= Kitab imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab ini mengandungi kupasan kerja hati , cara beribadat dan mendampingi Allah S.W.T. dengan lebih dekat lagi. Kitab ihya' ulumuddin adalah kitab ilmu akhlak dan tasawwuf yang terkemuka.
Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Ihya'Ulumuddin" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Ihya'Ulumuddin untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.
Lebih lanjut mengenai Ihya'Ulumuddin
Ihya'Ulumuddin terdiri dari 1 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:
Ihya'Ulumuddin |
Kitab imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab ini mengandungi kupasan kerja hati , cara beribadat dan mendampingi Allah S.W.T. dengan lebih dekat lagi. Kitab ihya' ulumuddin adalah kitab ilmu akhlak dan tasawwuf yang terkemuka. |
Al-Ghazali |
Namanya Muhammad bin Muhammad Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Abu Hamid. Beliau dilahirkan di Khurasan pada tahun 450 Hijrah. Dan meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah. Beliau sangat gigih menuntut ilmu sehingga sehingga menjadi seorang ulama yang terbesar dan mahir dalam semua bidang ilmu agama terutamanya ilmu tasawwuf dan beliau terkenal di seluruh dunia. Antara karangannya yang terpenting hingga sekarang ialah Ihya 'Ulumiddin. |
Kitab Allah |
hukum dan peraturan hidup yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui rasul-rasulNya untuk menjadi panduan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Kitab-kitab Allah S.W.T. ialah Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. |
Ahlul Kitab |
Orang yang beragama Yahudi dan Nasrani yang masih mengamalkan ajaran lama mereka sesudah kebangkitan Nabi s.a.w. dan mereka dihukumkan kafir kerana tidak mengikut syariat Nabi s.a.w. Hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka ialah orang Islam yang halal berkahwin dengan perempuan mereka dan sembelihan mereka halal dimakan. |
Al-Juwaini |
Namanya Abdul Malek bin Abdullah Al-Juwaini, seorang yang alim dalam ilmu kalam dan feqah serta penyokong kuat mazhab Syafie. Beliau bergelar imam Al-Harmim bagi Mekah dan Madinah. |
Amirul Mukminin |
Gelaran yang diberiakn kepada pemerintah-pemerintah Islam di zaman dahulu.Ertinya ialah perintah bagi seluruh umat Islam. Saidina Umar al- Khattab adalah orang yang pertama menerima gelaran itu. |
Harut Dan Marut |
Dua malaikat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. ke dunia untuk mengajar manusia ilmu sihir bagi mempertahankan diri daripada ancaman ilmu sihir. Namun setengah-setengah daripada manusia itu menggunakan ilmu sihir untuk membuat kejahatan. |
Husnul Khatimah |
Berkesudahan denga yang baik. Orang Islam disuruh memohon husnul khatimah seperti meminta mati dengan keadaan beriman dan beramal soleh. |
Karamallah Wajhah |
Gelaran yang diberikan kepada Saidina Ali. Gelaran ini bererti Allah memuliakannya kerana ia belum pernah menyembah berhala walau pun sebelum Islam. |
Madaniyah |
Ayat atau surah yang turun seduah hijrah; baik ia turun di Makkah ataupun di Madinah, ataupun di dalam salah satu perjalanan. |
Jika informasi mengenai "Ihya'Ulumuddin" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.
Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.