Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Ibnu Taimiyah" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Ibnu Taimiyah menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Ibnu Taimiyah.

definisi Ibnu Taimiyah

Ibnu Taimiyah= Namanya Taqiyuddin bin Abdul Salam. Beliau dilahirkan pada tahun 661 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 728 Hijrah. Beliau merupakan ulama yang masyhur yang bergelar Syeikhul-Islam. Beliau sungguh gigih memberikan pendapat dan berani menegur masyarakat akan perkara-perkara yang pada pendapatnya tidak betul iaitu mengikut ajaran agama Islam. Banyak buku tulisannya yang menjadi sumbar rujukan para ulama yang kemudian.

Lebih lanjut mengenai Ibnu Taimiyah
Contoh kalimat untuk "Ibnu Taimiyah"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Ibnu Taimiyah" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Ibnu Taimiyah untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Ibnu Taimiyah

Ibnu Taimiyah terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

hijrah

Peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah untuk mengatur dakwah yang stategis. Satu lagi ialah perpindahan orang Mekah ke Habsyah kerana mencari perlindungan dari kekejaman orang Quraisy di Mekah. Dari mula perpindahan Rasulullah s.a.w. itu bermulalah kalendar orang Islam.

rujukan

tempat kembali, sumber, referensi.

Abdul Bar

Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur.

Agama Budaya

Agama-agama yang dicipta oleh manusia sendiri. Agama-agama ini tidak mempunyai kitab daripada Allah S.W.T. seperti agama Buddha dan lain-lain lagi.

Agama Tauhid

Agama yang mempunyai kepercayaan bahawa Tuhan itu cuma satu sahaja iaitu Allah S.W.T. yang mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Contohnya agama Islam.

Agama Wahyu

Agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui kitab-kitabnya iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran. Namun begitu, ajaran kitab-kitab yang tersebut melainkan Al-Quran telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan tidak boleh dipakai lagi. Tambahan pula dengan turunnya Al-Quran, semua ajaran terdahulu telah dimansuhkan atau dibatalkan. Hanya Al-Quran saja yang kekal sehingga ke hari Kiamat. Agama Wahyu juga dikenali sebagai agama Samawi. Sebagai contoh, agama Islam dan agama Nasrani.

Ibnu Abas

Namanya Abdullah bin Abbas (sepupu Rasulullah s.a.w.). Dilahirkan di Mekah dua tahun sebelum Hijrah. Seorang sahabat yang sangant alim, bijak dam kuat beribadat. Banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. dan meninggal dunia di Taif pada tahun 68 Hijrah.

Ibnu Arabi

Namanya Muhammad bin Abdullah yang dilahirkan pada tahun 468 Hijrah dan meninggal pada tahun 543 Hijrah. Seorang daripada ulama Islam yang terkenal dalam bidang ilmu al-Quran, hadis dan feqah. Namun begitu lebih terkenal dalam bidang ilmu tasawuf dan banyak mengarang kitab mengenai ilmu tersebut.

Ibnu Batutah

Namanya Abdullah At-Tanji yang dilahirkan pada tahun 702 Hijrah di Morocco.Seorang pengembara Islam yang pernah menjelajah dunia dan serta membuatkajian dengan teliti tentang sesebuah masyarakat yang dilawatinya. Antara bukunya yang terkenal ialah Tuhfatun Nazar. Bukunya ini sangat penting kepada pengembara Barat untuk mengetahui geografi dan keadaan sesebuah negara.

Ibnu Hibban

Namanya Muhammad bin Hibban. Beliau dilahirkan di Sijistan dan mengembara ke beberapa tempat kerana mencari ilmu sehingga menjadi pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau paling terkenal dalam ilmu hadis dan sejarah.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Ibnu Taimiyah" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.