Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Ibnu Mas'Aud" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Ibnu Mas'Aud menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Ibnu Mas'Aud.

definisi Ibnu Mas'Aud

Ibnu Mas'Aud= namanya Abdullah bin Mas'aud. Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan yang mula-mula memeluk agama Islam. Beliau alim dalam pembacaan al-Quran dan banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah.

Lebih lanjut mengenai Ibnu Mas'Aud
Contoh kalimat untuk "Ibnu Mas'Aud"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Ibnu Mas'Aud" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Ibnu Mas'Aud untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Ibnu Mas'Aud

Ibnu Mas'Aud terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

alim

Ertinya seseorang yang pakar atau mahir dalam sesuatu bidang pengetahuan. Biasanya perkataan alim ditujukan kepada seseorang yang mahir dalam ilmu agama Islam seperti makna dan lain-lainnya. Apabila banyak dipanggil ulama.

hadis

Perbuatan, perkataan atau ikrar Rasulullah s.a.w. Hadis juga dikenali sebagai As-Sunnah. Hadis bermacam darjat, ada hadis sahih dan ada hadis dhaif.Di dalam perundangan, hadis menjadi sumber hukum selepas Al-Quran.

Abdullah Bin Salam

Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.

Abdullah Bin Ubai

Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan Islam.

Agama Budaya

Agama-agama yang dicipta oleh manusia sendiri. Agama-agama ini tidak mempunyai kitab daripada Allah S.W.T. seperti agama Buddha dan lain-lain lagi.

Agama Tauhid

Agama yang mempunyai kepercayaan bahawa Tuhan itu cuma satu sahaja iaitu Allah S.W.T. yang mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Contohnya agama Islam.

Agama Wahyu

Agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui kitab-kitabnya iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran. Namun begitu, ajaran kitab-kitab yang tersebut melainkan Al-Quran telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan tidak boleh dipakai lagi. Tambahan pula dengan turunnya Al-Quran, semua ajaran terdahulu telah dimansuhkan atau dibatalkan. Hanya Al-Quran saja yang kekal sehingga ke hari Kiamat. Agama Wahyu juga dikenali sebagai agama Samawi. Sebagai contoh, agama Islam dan agama Nasrani.

hadis qudsi

Hadis yang mana ertinya daripada Allah S.W.T. dan lafaznya disusun oleh Rasulullah s.a.w.

Ibnu Abas

Namanya Abdullah bin Abbas (sepupu Rasulullah s.a.w.). Dilahirkan di Mekah dua tahun sebelum Hijrah. Seorang sahabat yang sangant alim, bijak dam kuat beribadat. Banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. dan meninggal dunia di Taif pada tahun 68 Hijrah.

Ibnu Arabi

Namanya Muhammad bin Abdullah yang dilahirkan pada tahun 468 Hijrah dan meninggal pada tahun 543 Hijrah. Seorang daripada ulama Islam yang terkenal dalam bidang ilmu al-Quran, hadis dan feqah. Namun begitu lebih terkenal dalam bidang ilmu tasawuf dan banyak mengarang kitab mengenai ilmu tersebut.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Ibnu Mas'Aud" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.