Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Ibnu Batutah" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Ibnu Batutah menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Ibnu Batutah.

definisi Ibnu Batutah

Ibnu Batutah= Namanya Abdullah At-Tanji yang dilahirkan pada tahun 702 Hijrah di Morocco.Seorang pengembara Islam yang pernah menjelajah dunia dan serta membuatkajian dengan teliti tentang sesebuah masyarakat yang dilawatinya. Antara bukunya yang terkenal ialah Tuhfatun Nazar. Bukunya ini sangat penting kepada pengembara Barat untuk mengetahui geografi dan keadaan sesebuah negara.

Lebih lanjut mengenai Ibnu Batutah
Contoh kalimat untuk "Ibnu Batutah"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Ibnu Batutah" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Ibnu Batutah untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Ibnu Batutah

Ibnu Batutah terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

hijrah

Peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah untuk mengatur dakwah yang stategis. Satu lagi ialah perpindahan orang Mekah ke Habsyah kerana mencari perlindungan dari kekejaman orang Quraisy di Mekah. Dari mula perpindahan Rasulullah s.a.w. itu bermulalah kalendar orang Islam.

Islam

Agama Allah S.W.T. yang dibawa oleh Nabi s.a.w. untuk manusia sejagat. Semua manusia diperintah untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang. Dasar agama Allah S.W.T. dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi s.a.w. tidak berubah iaitu bertuhankan Allah yang Maha Esa. Cuma yang berubah ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan syariah saja kerana mengikut kesesuaian masa.

Ibnu Abas

Namanya Abdullah bin Abbas (sepupu Rasulullah s.a.w.). Dilahirkan di Mekah dua tahun sebelum Hijrah. Seorang sahabat yang sangant alim, bijak dam kuat beribadat. Banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. dan meninggal dunia di Taif pada tahun 68 Hijrah.

Ibnu Arabi

Namanya Muhammad bin Abdullah yang dilahirkan pada tahun 468 Hijrah dan meninggal pada tahun 543 Hijrah. Seorang daripada ulama Islam yang terkenal dalam bidang ilmu al-Quran, hadis dan feqah. Namun begitu lebih terkenal dalam bidang ilmu tasawuf dan banyak mengarang kitab mengenai ilmu tersebut.

Ibnu Batutah

Namanya Abdullah At-Tanji yang dilahirkan pada tahun 702 Hijrah di Morocco.Seorang pengembara Islam yang pernah menjelajah dunia dan serta membuatkajian dengan teliti tentang sesebuah masyarakat yang dilawatinya. Antara bukunya yang terkenal ialah Tuhfatun Nazar. Bukunya ini sangat penting kepada pengembara Barat untuk mengetahui geografi dan keadaan sesebuah negara.

Ibnu Hibban

Namanya Muhammad bin Hibban. Beliau dilahirkan di Sijistan dan mengembara ke beberapa tempat kerana mencari ilmu sehingga menjadi pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau paling terkenal dalam ilmu hadis dan sejarah.

Ibnu Ishak

Namanya Muhammad bin Ishak al-Madani. Beliau terkenal sebagai ulama hadis dan sejarah. Antara bukunya yang terkenal ialah Siratu Nabawiyah. Setelah berhijrah ke beberapa buah tempat akhirnya beliau menetap di Baghdad dan meninggal dunia di sana.

Ibnu Jauzi

Namanya Muhammad bin Ahmad Jauzi. Beliau merupakan ulama terkenal dalam mazhab Maliki. Antara kitabnya yang terkenal ialah al-Qawaninul Fiqhiyah yang membicarakan tentang sirah rasul, ilmu kalam, feqah dan tasawwuf. Beliau meninggal dunia pada tahun 741 Hijrah.

Ibnu Kathir

Namanya Ismail Umar yang dilahirkan pada tahun 701 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 774 Hijrah di Damsyik. Beliau paling terkenal dalam ilmu tafsir dan sejarah. Antara karyanya yang kekal ialah Tafsir Ibnu Kathir.

Ibnu Majah

Namanya Muhammad bin Yazid al-Qazwini. Beliau dilahirkan pada tahun 209 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 273 Hijrah. Beliau seorang ulama hadis yang termasyhur. Antara kitabnya yang terkenal ialah As-Sunan Ibnu Majah.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Ibnu Batutah" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.