Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Fatimiah" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Fatimiah menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Fatimiah.

definisi Fatimiah

Fatimiah= Sebuah kerajaan Islam lanjutan daripada pemerintahan Saidina Ali di Tunisia yang bermula pada tahun 297 Hijrah selama 250 tahun dengan sebanyak 14 orang khalifah. Pengasas dinasti ini ialah Mahdi Ubaidullah.

Lebih lanjut mengenai Fatimiah
Contoh kalimat untuk "Fatimiah"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Fatimiah" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Fatimiah untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Fatimiah

Fatimiah terdiri dari 1 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

Fatimiah

Sebuah kerajaan Islam lanjutan daripada pemerintahan Saidina Ali di Tunisia yang bermula pada tahun 297 Hijrah selama 250 tahun dengan sebanyak 14 orang khalifah. Pengasas dinasti ini ialah Mahdi Ubaidullah.

hijrah

Peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah untuk mengatur dakwah yang stategis. Satu lagi ialah perpindahan orang Mekah ke Habsyah kerana mencari perlindungan dari kekejaman orang Quraisy di Mekah. Dari mula perpindahan Rasulullah s.a.w. itu bermulalah kalendar orang Islam.

Islam

Agama Allah S.W.T. yang dibawa oleh Nabi s.a.w. untuk manusia sejagat. Semua manusia diperintah untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang. Dasar agama Allah S.W.T. dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi s.a.w. tidak berubah iaitu bertuhankan Allah yang Maha Esa. Cuma yang berubah ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan syariah saja kerana mengikut kesesuaian masa.

Ali Bin Abi Talib

Beliau telah dilahirkan di Mekah kira-kira 23 tahun sebelum Hijrah. Beliau adalah kanak-kanak yang mula-mula memeluk agama Islam, anak angkat dan menantu Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuan, cerdas berfikir, panglima yang gagah perkasa serta digelar Karamullahu Wajhah dan juga diantara sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan akan masuk syurga. Beliau menjadi khalifah yang keempat. Semasa pemerintahannya umat Islam terbabit dengan perang saudara.

Alif Lam Qamariah

Satu daripada istilah hukum tajwid iaitu tiap-tiap alif lam yang ada pada awal kalimah yang bermula dengan huruf-huruf berikut- alif, ba, jim, ha, ho, ain, ghin, fa, kob. Kaf, mim, wau, ha dan ya. Hukum bacaannya ialah hendaklah dibaca dengan jelas bunyi lam mati .

Alif Lam Syamsiah

Satu daripada istilah hukum tajwid. Iaitu tiap-tiap alif lam yang ada pada awal kalimah yang bermula dengan huruf-huruf berikut- ta, sa, dal,zal, ra, zai, sin, syim, sod, dhot, to, zo, lam, nun. Hukum bacaannya ialah bunyi lam mati dihilangkan dan huruf alif disabdukan kepada huruf yang berikutnya.

alim

Ertinya seseorang yang pakar atau mahir dalam sesuatu bidang pengetahuan. Biasanya perkataan alim ditujukan kepada seseorang yang mahir dalam ilmu agama Islam seperti makna dan lain-lainnya. Apabila banyak dipanggil ulama.

diat

Hukuman yang berbentuk ganti rugi yang dikenakan ke atas penbunuh setelah waris orang yang dibunuhnya itu memaafkan kesalahannya, jika tidak dimaafkan ia akan dikenakan hukuman qisas.

Dibagh

Menyamak kulit binatang,. Semua kulit binatang yang aliun daripada anjing dan babi menjadi suci dengan disamak. Caranya sila lihat pada bab samak.

Dirayah

Ilmu yang membahaskan makna atau maksud perkataan-perkataan di dalam hadis bersandarkan kaedah bahasa.Ia satu cabang daripada ilmu hadis.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Fatimiah" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.