Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Fahisyah" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Fahisyah menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Fahisyah.

definisi Fahisyah

Fahisyah= Perkara-perkara keji dan buruk dari sudut pandangan agma dan amsyarakat seperti mencuri, membunuh, melakukan sesuatu yang menyusahkan orang ramaidan sebagainya. Agama Islam melarang kita melakukan perkara yang keji.

Lebih lanjut mengenai Fahisyah
Contoh kalimat untuk "Fahisyah"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Fahisyah" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Fahisyah untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Fahisyah

Fahisyah terdiri dari 1 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

Fahisyah

Perkara-perkara keji dan buruk dari sudut pandangan agma dan amsyarakat seperti mencuri, membunuh, melakukan sesuatu yang menyusahkan orang ramaidan sebagainya. Agama Islam melarang kita melakukan perkara yang keji.

Islam

Agama Allah S.W.T. yang dibawa oleh Nabi s.a.w. untuk manusia sejagat. Semua manusia diperintah untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang. Dasar agama Allah S.W.T. dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi s.a.w. tidak berubah iaitu bertuhankan Allah yang Maha Esa. Cuma yang berubah ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan syariah saja kerana mengikut kesesuaian masa.

Agama Budaya

Agama-agama yang dicipta oleh manusia sendiri. Agama-agama ini tidak mempunyai kitab daripada Allah S.W.T. seperti agama Buddha dan lain-lain lagi.

Agama Tauhid

Agama yang mempunyai kepercayaan bahawa Tuhan itu cuma satu sahaja iaitu Allah S.W.T. yang mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Contohnya agama Islam.

Agama Wahyu

Agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui kitab-kitabnya iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran. Namun begitu, ajaran kitab-kitab yang tersebut melainkan Al-Quran telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan tidak boleh dipakai lagi. Tambahan pula dengan turunnya Al-Quran, semua ajaran terdahulu telah dimansuhkan atau dibatalkan. Hanya Al-Quran saja yang kekal sehingga ke hari Kiamat. Agama Wahyu juga dikenali sebagai agama Samawi. Sebagai contoh, agama Islam dan agama Nasrani.

Kitab Allah

hukum dan peraturan hidup yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui rasul-rasulNya untuk menjadi panduan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Kitab-kitab Allah S.W.T. ialah Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Ahlul Kitab

Orang yang beragama Yahudi dan Nasrani yang masih mengamalkan ajaran lama mereka sesudah kebangkitan Nabi s.a.w. dan mereka dihukumkan kafir kerana tidak mengikut syariat Nabi s.a.w. Hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka ialah orang Islam yang halal berkahwin dengan perempuan mereka dan sembelihan mereka halal dimakan.

Harut Dan Marut

Dua malaikat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. ke dunia untuk mengajar manusia ilmu sihir bagi mempertahankan diri daripada ancaman ilmu sihir. Namun setengah-setengah daripada manusia itu menggunakan ilmu sihir untuk membuat kejahatan.

Madaniyah

Ayat atau surah yang turun seduah hijrah; baik ia turun di Makkah ataupun di Madinah, ataupun di dalam salah satu perjalanan.

A'Rabi

Orang arab yang mendiami di pendalaman padang pasir. Mereka hidup cara kuno, berkelompok- kelompok dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain, kerana mencari tempat yang sesuai untuk ternakan mereka.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Fahisyah" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.