Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Asadullah" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Asadullah menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Asadullah.

definisi Asadullah

Asadullah= Ia bererti singa Allah S.W.T. Gelaran ini diberikan kepada Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara Nabi s.a.w. kerana keberaniannya dan ketangkasannya yang luar biasa semasa menentang musuh dalam peperangan menentang orang kafir. Beliau telah mati syahid dalam perang Uhud.

Lebih lanjut mengenai Asadullah
Contoh kalimat untuk "Asadullah"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Asadullah" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Asadullah untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Asadullah

Asadullah terdiri dari 1 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

Asadullah

Ia bererti singa Allah S.W.T. Gelaran ini diberikan kepada Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara Nabi s.a.w. kerana keberaniannya dan ketangkasannya yang luar biasa semasa menentang musuh dalam peperangan menentang orang kafir. Beliau telah mati syahid dalam perang Uhud.

Hamzah Bin Abd. Mutalib

Bapa saudara nabi s.a.w. yang banyak membantu dalam menegakkan agama Islam pada peringkat permulaan. Beliau sangat tangkas dalam peperangan sehingga digelar Singa Allah dan terlorban dalam perang Uhud kerana dibunuh oleh Wahsyi. Beliau gugur sebagai Saiyidul-Syuhada'.

Abdul Bar

Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur.

Abdul Rahman Bin Auf

Sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkemuka dan memeluk Islam sejak awal-awal lagi. Beliau merupakan seorang saudagar yang dermawan dan mendermakan berpuluh-puluh ribu dinar hartanya untuk perbelanjaan pertahanan negara. Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dan wafat ketika berusia 75 tahun. Beliau telah dimakamkan di Baqek.

Abdullah Bin Rawahah

Jurutulis Rasulullah s.a.w. dan panglima Islam yang berani. Beliau gugur dan mati syahid ketika menentang tentera Rome dalam peperangan Muktah yang mana tentera mereka tujuh kali ganda lebih banyak daripada tentera Islam.

Abdullah Bin Sabak

Pendeta Yahudi yang telah memeluk agama Islam. Beliau berjaya mempengaruhi banyak orang Islam supaya bencikan pemerintahan Khalifah Usman bin Affan dan mengagung-agungkan Saidina Ali dengan cara melebih-lebihkannya. Tujuannya ialah memecah-belahkan perpaduan Islam. Beliau jugalah yang membangkitkan fahaman Syiah.

Abdullah Bin Salam

Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.

Abdullah Bin Ubai

Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan Islam.

Abdullah Bin Umar

Putera sulung Saidina Umar Al-Khattab. Beliau memeluk Islam ketiak berusia lapan tahun. Beliau sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan dihormati. Beliau sangat kuat beribadat kepada Allah dan perawi hadis dan telah meninggal dunia pada usia 84 tahun di Mekah.

Bintu Labun

Istilah yang digunakan bagi anak unta betina yang berumur setahun lebih. Ia dijadikan zakat bagi jumlah unta 25 hingga 35 ekor.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Asadullah" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.