Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "al-khabir" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata al-khabir menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata al-khabir.

definisi al-khabir

al-khabir= Satu daripada nama Allah S.W.T. (al-asma al-husna) yang bererti Yang Amat Mengetahui dengan seluas-luas akan hakikat sesuatu daripada perkara besar hingga kepada perkara-perkara kecil. Sesiapa yang berzikir Ya Khabir sebanyak 812 kali tiap-tiap hari selama seminggu, akan datang khabar yang dikehendakinnya, dengan izin Allah S.W.T.

Lebih lanjut mengenai al-khabir
Contoh kalimat untuk "al-khabir"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "al-khabir" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata al-khabir untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai al-khabir

al-khabir terdiri dari 1 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

al-khabir

Satu daripada nama Allah S.W.T. (al-asma al-husna) yang bererti Yang Amat Mengetahui dengan seluas-luas akan hakikat sesuatu daripada perkara besar hingga kepada perkara-perkara kecil. Sesiapa yang berzikir Ya Khabir sebanyak 812 kali tiap-tiap hari selama seminggu, akan datang khabar yang dikehendakinnya, dengan izin Allah S.W.T.

hakikat

Ertinya makna yang sebenar atau makna yang asal bagi sesuatu benda. Lawan perkataan hakikat ialah majaz iaitu bukan makna yang sebenar, cuma pinjaman sahaja.

Harim

Perempuan yang haram bernikah dengan seseorang lelaki. Dia boleh bergaul bersamanya. Isteri juga dikatakan harim.

Alif Lam Syamsiah

Satu daripada istilah hukum tajwid. Iaitu tiap-tiap alif lam yang ada pada awal kalimah yang bermula dengan huruf-huruf berikut- ta, sa, dal,zal, ra, zai, sin, syim, sod, dhot, to, zo, lam, nun. Hukum bacaannya ialah bunyi lam mati dihilangkan dan huruf alif disabdukan kepada huruf yang berikutnya.

Fahisyah

Perkara-perkara keji dan buruk dari sudut pandangan agma dan amsyarakat seperti mencuri, membunuh, melakukan sesuatu yang menyusahkan orang ramaidan sebagainya. Agama Islam melarang kita melakukan perkara yang keji.

fardu kifayah

Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas sekumpulan orang Islam untuk mengerjakannya. Apabila salah seorang dari mereka telah melakukannya maka terlepaslah tanggungan yang lainnya. Namun sekiranya, tidak ada seorang pun yang melakukannya maka semua daripada mereka berdosa. Contohnya, dalam solat mayat, jika ada beberapa orang yang melakukannya maka terlepaslah tanggungan mereka semua dari dosa.

Gharibul-Quran

Satu ilmu yang khusus membicarakan dan menerangkan erti perkatan ganjil yang terdapat di dalam Al-Quran.

Hudaibiyah

Nama sebuah tempat kira-kira enam kilometer dari Mekah. Tempat ini menjadi bersejarah kerana Rasulullah s.a.w. telah membuat perjanjian dengan mengadakan gencatan senjata bersama kerajaan Mekah dalam tahun enam Hijrah. Tetapi perjanjian ini telah dicabuli oleh orang Quraisy Mekah yang telah membuka jalan kepada Rasulullah s.a.w. untuk menawan Mekah dalam tahun 8 Hijrah.

Ibnu Taimiyah

Namanya Taqiyuddin bin Abdul Salam. Beliau dilahirkan pada tahun 661 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 728 Hijrah. Beliau merupakan ulama yang masyhur yang bergelar Syeikhul-Islam. Beliau sungguh gigih memberikan pendapat dan berani menegur masyarakat akan perkara-perkara yang pada pendapatnya tidak betul iaitu mengikut ajaran agama Islam. Banyak buku tulisannya yang menjadi sumbar rujukan para ulama yang kemudian.

Ikhfak Syafawi

Satu bacaan ayat al-Quran iaitu mendengungkan bacaan bunyi mim mati apabila berjumpa huruf ba.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "al-khabir" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.