Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Al-Asyarah Al-Muba- Syarah" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Al-Asyarah Al-Muba- Syarah menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Al-Asyarah Al-Muba- Syarah.

definisi Al-Asyarah Al-Muba- Syarah

Al-Asyarah Al-Muba- Syarah= Sepuluh orang sahabat Nabi s.a.w. yang telah dijanjikan akan masuk syurga iaitu Abu Bakar, Umar al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Az-Zubir bin Awwam, Talhah, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah, dan Zaid bin Sabit.

Lebih lanjut mengenai Al-Asyarah Al-Muba- Syarah
Contoh kalimat untuk "Al-Asyarah Al-Muba- Syarah"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Al-Asyarah Al-Muba- Syarah" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Al-Asyarah Al-Muba- Syarah untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Al-Asyarah Al-Muba- Syarah

Al-Asyarah Al-Muba- Syarah terdiri dari 3 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

Abdul Rahman Bin Auf

Sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkemuka dan memeluk Islam sejak awal-awal lagi. Beliau merupakan seorang saudagar yang dermawan dan mendermakan berpuluh-puluh ribu dinar hartanya untuk perbelanjaan pertahanan negara. Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dan wafat ketika berusia 75 tahun. Beliau telah dimakamkan di Baqek.

Abu Bakar As-Siddiq

Sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling rapat. Beliau pernah menemani Rasulullah s.a.w. ketika berhijrah ke Madinah. Beliau merupakan lelaki pertama yang memeluk agama Islam dan sentiasa membenarkan ajaran Rasulullah s.a.w. dengan sebab itu beliau digelar as-Siddiq . Nama asalnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah. Beliau telah menjadi khalifah yang pertama dan wafat ketika berusia 63 tahun.

Al-Asyarah Al-Muba- Syarah

Sepuluh orang sahabat Nabi s.a.w. yang telah dijanjikan akan masuk syurga iaitu Abu Bakar, Umar al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Az-Zubir bin Awwam, Talhah, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah, dan Zaid bin Sabit.

Abdul Bar

Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur.

Abdullah Bin Rawahah

Jurutulis Rasulullah s.a.w. dan panglima Islam yang berani. Beliau gugur dan mati syahid ketika menentang tentera Rome dalam peperangan Muktah yang mana tentera mereka tujuh kali ganda lebih banyak daripada tentera Islam.

Abdullah Bin Sabak

Pendeta Yahudi yang telah memeluk agama Islam. Beliau berjaya mempengaruhi banyak orang Islam supaya bencikan pemerintahan Khalifah Usman bin Affan dan mengagung-agungkan Saidina Ali dengan cara melebih-lebihkannya. Tujuannya ialah memecah-belahkan perpaduan Islam. Beliau jugalah yang membangkitkan fahaman Syiah.

Abdullah Bin Salam

Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.

Abdullah Bin Ubai

Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan Islam.

Abdullah Bin Umar

Putera sulung Saidina Umar Al-Khattab. Beliau memeluk Islam ketiak berusia lapan tahun. Beliau sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan dihormati. Beliau sangat kuat beribadat kepada Allah dan perawi hadis dan telah meninggal dunia pada usia 84 tahun di Mekah.

Abu Daud

Ulama hadis yang terkenal. Dilahirkan di Iraq. Namanya Sulaiman bin Al-Asy'as dan hidup di kurun ketiga Hijrah. Kitabnya yang bernama Sunan Abi Daud dianggap kitab ketiga yang terpenting selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dalam bidang ilmu hadis.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Al-Asyarah Al-Muba- Syarah" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.