Web Analytics Made Easy -
StatCounter
"Kamus Arti Kata dan Arti Nama Rebanas"

Arti Kata "Abrahah" Menurut Kamus Agama Islam

Kamus ini menjelaskan Arti Kata Abrahah menurut Kamus Agama Islam. Selain Arti, mungkin juga disertakan contoh kalimat yang menggunakan kata Abrahah.

definisi Abrahah

Abrahah= Seorang gabenor negeri Yaman yasng beragama Kristian semasa datuk Rasulullah s.a.w., Abdul Mutalib memerintah Mekah. Abrahah berasa iri hati apabila mengetahui banyak orang yang telah mengunjungi Kaabah di Mekah.lalu beliau mendirikan sebuah gereja yang menyerupai Kaabah di Yaman. Oleh sebab tindakan beliau yang tidak mendapat sambutan, beliau pun melanggar Mekah dengan tentera-tentera bergajah. Belum sempat beliau memusnahkan Kaabah, beliau dan tentera- tenteranya telah dibinasakan oleh burung-burung Ababil.

Lebih lanjut mengenai Abrahah
Contoh kalimat untuk "Abrahah"

Berbagai contoh kalimat untuk kata atau frase "Abrahah" tersedia di halaman contoh kalimat. Silakan kunjungi halaman khusus contoh kalimat menggunakan kata Abrahah untuk melihat berbagai penerapan riil di kehidupan nyata.

Lebih lanjut mengenai Abrahah

Abrahah terdiri dari 1 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

Abrahah

Seorang gabenor negeri Yaman yasng beragama Kristian semasa datuk Rasulullah s.a.w., Abdul Mutalib memerintah Mekah. Abrahah berasa iri hati apabila mengetahui banyak orang yang telah mengunjungi Kaabah di Mekah.lalu beliau mendirikan sebuah gereja yang menyerupai Kaabah di Yaman. Oleh sebab tindakan beliau yang tidak mendapat sambutan, beliau pun melanggar Mekah dengan tentera-tentera bergajah. Belum sempat beliau memusnahkan Kaabah, beliau dan tentera- tenteranya telah dibinasakan oleh burung-burung Ababil.

Kaabah

Sebuah bangunan yang terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Mekah. Bentuknya empat segi, Tinggi 15 meter, panjang 11 meter lebih dan lebarnya kira-kira 10 meter. Ia juga bernama Baitul Al-Haram dan dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Ia menjadi arah kiblat bagi orang Islam solat.

Abdullah Bin Salam

Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.

Abdullah Bin Ubai

Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan Islam.

Abdul Bar

Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur.

Abdul Rahman Bin Auf

Sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkemuka dan memeluk Islam sejak awal-awal lagi. Beliau merupakan seorang saudagar yang dermawan dan mendermakan berpuluh-puluh ribu dinar hartanya untuk perbelanjaan pertahanan negara. Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dan wafat ketika berusia 75 tahun. Beliau telah dimakamkan di Baqek.

Abdullah Bin Rawahah

Jurutulis Rasulullah s.a.w. dan panglima Islam yang berani. Beliau gugur dan mati syahid ketika menentang tentera Rome dalam peperangan Muktah yang mana tentera mereka tujuh kali ganda lebih banyak daripada tentera Islam.

Abdullah Bin Sabak

Pendeta Yahudi yang telah memeluk agama Islam. Beliau berjaya mempengaruhi banyak orang Islam supaya bencikan pemerintahan Khalifah Usman bin Affan dan mengagung-agungkan Saidina Ali dengan cara melebih-lebihkannya. Tujuannya ialah memecah-belahkan perpaduan Islam. Beliau jugalah yang membangkitkan fahaman Syiah.

Abdullah Bin Umar

Putera sulung Saidina Umar Al-Khattab. Beliau memeluk Islam ketiak berusia lapan tahun. Beliau sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan dihormati. Beliau sangat kuat beribadat kepada Allah dan perawi hadis dan telah meninggal dunia pada usia 84 tahun di Mekah.

diat

Hukuman yang berbentuk ganti rugi yang dikenakan ke atas penbunuh setelah waris orang yang dibunuhnya itu memaafkan kesalahannya, jika tidak dimaafkan ia akan dikenakan hukuman qisas.
Simpan Informasi Agar Tidak Hilang

Jika informasi mengenai "Abrahah" ini bermanfaat, silakan anda bagikan ke teman atau simpan di akun media sosial memakai menu berikut.

DISCLAIMER
Jika Terdapat Kesalahan Penerjemahan Kata atau Nama dalam Kamus Rebanas ini, Anda dapat membandingkan dengan kamus yang anda miliki. Terima Kasih
Index Kamus Agama Islam
Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.